TIDAK berselindung tentang
percintaannya dengan Nazim, Bella bagaimanapun lebih senang jika hal
peribadi mereka tidak digembar-gemburkan.
HALAMAN HIBURAN
DIBERITAKAN ketika kewujudan laman- laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter, ianya menjadi medan kepada artis untuk berkongsi dengan peminat mengenai aktiviti seharian yang dilakukan. Sewaktu menatap laman Instagram milik pelakon Nazim Othman, terdapat beberapa keping gambar bersama kekasihnya, Bella Dally. Menariknya, lokasi gambar berkenaan adalah di luar negara.
Secara kebetulan pula akhbar Kosmo!, telah mengaturkan sesi fotografi bersama Bella baru-baru ini. Lantas, perkara tersebut terus ditanya kepada diri Bella sendiri berkenaan gambar-gambar berkenaan supaya tidak timbul sebarang keraguan.
"Ya, saya mengaku ada pergi ke Eropah dengan Nazim tetapi bukan kami berdua sahaja. Sebaliknya, ia turut disertai oleh beberapa rakan pelakon yang lain seperti Nabila Huda dan Elfira Loy pada Ogos lalu.
"Sebenarnya Nazim ke Eropah bertujuan untuk menjalani penggambaran telemovie dan drama bersiri arahan Erma Fatima, namun saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran dan sekadar mahu bercuti sahaja," akui pelakon berusia 22 tahun itu.
Ketika ditanya tentang tujuannya mengikuti kekasih hatinya itu ke Eropah, sedangkan dia langsung tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally itu menjelaskan bahawa semuanya bermula daripada ajakan Erma.
Begitulah kira-kira, kisah seorang artis wanita, berpergian luar negara bersama kekasih, yakni bukan suami, bukan tunang atau bukan muhrim. Tetapi kononnya berkumpulan...
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti biasa, kita tidak menyindir mana-mana pihak, tetapi hanya menyatakan penjelasan dari sudut agama. Kerana kita tidak dapat lari peraturan agama yang kita bebas memilih atau masuk ke dalamnya.
Bolehkah pergi ke Eropah bersama kekasih?
Pertama: Apa hukum wanita bepergian atau safar tanpa mahram dalam Islam? Hal ini telah dihuraikan agak panjang lebar di bawah tajuk Wanita Ini, Merentas 5 Negara Asia Tengah, Solo Dg... . Kes yang hampir sama dengan kes di atas.
Kedua: Keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim atau khalwat. Hal ini dilarang samada dalam atau luar negara. Tetapi di luar negara terutama di Eropah agak lebih bebas dan tanpa kawalan dari keluarga atau masyarakat.
Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud :
- “Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/kahwin dengannya.) Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan”.
- “Perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.” (An-Nisa :34)
- “Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang lelaki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut syarak atau undang-undang Islam), maka keadaan masih seperti hukum asal.”
- Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat (berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya
- .Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
No comments:
Post a Comment