Sunday, October 20, 2013

Calon PAS PRK S/Limau, Siapa? Mengapa Bukan Mat Sabu?



Keputusan PAS mengenepikan Mohamad Sabu daripada menjadi calonnya di kerusi Sungai Limau adalah untuk menghalang tokoh popular PAS itu menang sekali lagi jawatan timbalan presiden parti akhir bulan November depan.

Satu lagi andaian ialah pengundi PAS Kedah menolak Mat Sabu dengan alasan beliau menjadi punca kejatuhan PAS dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Tokoh PAS itu sendiri kalah di kerusi parlimen Pendang kepada veteran Umno, Datuk Othman Abdul dengan majoriti lebih 4, 000 undi.

Setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS itu beberapa hari lepas pun enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kalau Mat Sabu bertanding,  peluang untuk kalah sangat cerah kerana pengundi di sini tidak suka kepadanya.
“Isunya ialah Mat Sabu yang mendewakan Mat Indera sebagai pejuang,” kata Abdul Ghani seorang penduduk Sungai Limau.

Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan  meletakkan muka baru di Sungai Limau. Siapa calon PAS? Laporan pelbagai sumber menyebut nama-nama calon PAS antaranya seperti berikut; 
  • Azam Samad (Ketua Pemuda PAS Jerai), 
  • Muzaini Azizan (bekas Pegawai Khas kepada Allahyarham/Setiausaha PAS Kawasan Jerai),
  • Mussodak Ahmad (calon PAS tewas di DUN Guar Chempedak) dan 
  • Mohd Muaz Othman al-Yunusi (Ketua Pemuda/ Pengarah Majlis Tindakan DUN Sungai Limau).
Daripada keempat-empat calon itu nama Azam dan Muzaini sering diperkatakan kerana kedua-duanya dikaitkan sebagai anak didik Allahyarham.PAS akan mengumumkan calonnnya secara rasmi pada 21 Oktober ini.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan penyandangnya, Allahyarham Tan Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan mengekalkan kemenangan DUN itu dengan kemerosotan 438 undi berbanding dengan kemenangannya pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12). ~fmt

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
 E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails