Hubungan Mesir dengan AS tegang
KAHERAH - Menteri Luar Mesir, Nabil Fahmy menyatakan bahawa hubungan antara negaranya dengan Amerika Syarikat (AS) kini sedang bergolak.
Menurut Fahmy, hubungan itu tegang ekoran keputusan Washington menggantung penghantaran beberapa buah kereta kebal, helikopter dan jet pejuang ke Mesir. Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama menggantung beratus-ratus juta dolar bantuan kepada pihak tentera Mesir.
Keputusan itu dibuat selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa pada 3 Julai sekali gus menyebabkan Mohammed Morsi digulingkan sebagai Presiden. Penggantungan itu juga menyebabkan ratusan orang mati ekoran pertempuran antara penyokong Morsi dengan tentera dan pasukan keselamatan Mesir.
Fahmy turut memberi amaran bahawa ketegangan itu akan turut memberi kesan ke atas rantau Asia Barat. - AP
No comments:
Post a Comment