▼
Friday, November 01, 2013
Israel: Pertandingan Gambar/Intip Bawah Laut Merah
Seorang asisten fotografer mendampingi model saat menyelam menuju lokasi pemotretan model di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10). ©Reuters/Rif Gabriel
EILAT, Israel - Sekumpulan jurugambar amatur dan profesional berhimpun di sebuah bandar peranginan tepi pantai di sini untuk menyertai pertandingan merakamkan gambar di dalam laut.
Lebih 80 jurugambar menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada 20 hingga 26 Oktober lalu dalam pelbagai kategori. Beberapa model wanita turut menyelam dengan memakai pelbagai fesyen pakaian dan membuat aksi tanpa memakai tangki oksigen semasa gambar mereka dirakamkan.
Fotografer Johannes Felten saat hendak memulai pemotretan model di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10).
Seorang model saat mempersiapkan diri sebelum menyelam bersama fotografer untuk pemotretan di bawah Laut Merah di Eilat, Israel, Selasa (29/10).
Dasar laut di bandar ini mengandungi bangkai sebuah kapal perang yang karam pada kedalaman 18.28 meter. Kos untuk merakamkan gambar di dalam laut dengan menggunakan kamera kalis air boleh mencecah sehingga AS$40,000 (RM125,821).
Hadiah utama imej terbaik yang dirakamkan pada pertandingan itu telah dimenangi oleh Mark Fuller dari Israel yang merakamkan gambar seekor ikan lut sinar. Dia memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,455). - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertandingan rakam gambar atau sebenarnya pertandingan mengintip? Dikatakan ada peristiwa hampir-hampir begini juga berlaku atau dilakukan di Lautan Hindi, atau di laut dekat negeri Aceh sebelum berlakunya tsunami...
2:120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
ReplyDeletekaum yang tak boleh dipercayai