KEHANGATAN Muktamar Pas ke-59 sudah terasa bahangnya terutama apabila
jawatan timbalan presiden mula dikatakan menjadi "rebutan" walaupun calon yang
dikatakan akan bertanding tidak mengumumkan sebarang keputusan.
Jom kita lihat sebahagian dari wawancara wartawan Sinar Harian Online (SH), bersama-sama Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim (TI) bagi mengupas hal ini..
SH: Kita lihat jawatan Timbalan Presiden menjadi isu hangat yang diperkatakan, adakah Datuk rasa jawatan itu wajar dipertandingkan?
TI: Pas mengamalkan demokrasi. Semua jawatan dibuka untuk pencalonan, hanya jawatan presiden tidak ada pencalonan. Jawatan timbalan itu nampaknya banyak nama yang diangkat. Jadi saya fikir dalam demokrasi parti kita menghormati pencalonan daripada kawasan hanya terpulang kepada jawatan yang dicalonkan itu sama ada beliau nak terima atau nak tolak.
SH: Bagaimana sekiranya Datuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden? Sebelum ini juga dilaporkan Datuk telah mendapat pencalonan daripada kawasan di beberapa negeri.
TI: Bagi saya bergantung kepada jumlah pencalonan itu.
SH: Selain Mohamad Sabu (Mat Sabu), pada pandangan Datuk siapa lagi yang layak tanding jawatan itu?
TI: Sebenarnya semua layak, dari segi kelayakan dalam parti ini sebenarnya. Sama ada ulama, profesional atau ahli parti, semua layak untuk bertanding. Ketiga-tiga kategori ini layak mengikut syarat.
Jika kita lihat di peringkat negeri, ada banyak tokoh yang muncul yang menang terdiri daripada Exco kerajaan, menteri besar yang diterima oleh orang ramai. Jadi bagi pihak parti, kita rasa mereka perlu diberi penghargaan untuk menerima mana jawatan yang sesuai mengikut tuan punya diri sebagai AJK atau kepimpinan tertinggi.
SH: Mengapa jawatan Timbalan Presiden Pas begitu menjadi fokus menjadi Muktamar kali ini?
TI: Sebenarnya setiap kali Muktamar, jawatan itu akan menjadi fokus berbanding jawatan naib presiden kerana melibatkan tiga orang. Jawatan timbalan ini hanya melibatkan satu jawatan yang menjadi rebutan dan ada pertandingan.
Sebelum ini, saya juga bertanding timbalan tetapi tidak menang. Tidak menang tidak mengapa, kita teruskan perkhidmatan kita. Mat Sabu pun pernah bertanding jawatan itu tapi dia pun pernah kalah. Walaupun kalah, beliau tetap terus setia bersama parti.
Jadi pada kita, pertandingan hanya memberi peluang kepada perwakilan untuk memilih dan kita tidak rasa kecewa jika kalah. Saya sendiri pun tidak pernah mengundi diri saya walaupun saya bertanding. Saya juga tidak pernah berkempen bahkan saya jumpa perwakilan supaya memilih orang lain yang lebih layak.
Bagi kita jawatan itu bukan benda untuk direbut, bahkan saya tak pernah ambil satu sen pun duit kerana untuk pertandingan dan tidak pernah lantik agen untuk kempen bagi saya. Masing-masing nak kempen itu, suka-suka dialah.
Cuma kita kena jaga adab. Adabnya kita boleh setuju dengan orang yang kita nak tetapi jangan burukkan orang lain, jangan rendahkan atau perlekehkannya dan sebagainya. Cukup kita beritahu orang yang kita suka. Jadi dalam Pas kita buat peraturan begitu, dia tak boleh komen orang lain.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013

No comments:
Post a Comment