SEORANG lelaki menyaksikan mesin duit maya itu.
JOM KREATIF
VANCOUVER - Tiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan
mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit yang
boleh digunakan untuk traksaksi di internet.
Mesin itu yang dikenali sebagai Bitcoin adalah yang pertama di dunia. Ia digunakan kelmarin yang kemudian dihantar ke Vancouver di barat
Kanada oleh sebuah syarikat pengeluar mesin tersebut di Amerika Syarikat
(AS), Robocoin. Mesin itu diletakkan di dinding sebuah kedai kopi popular dan menyerupai sebuah Mesin Teler Automatik (ATM).
Bagaimanapun, selain mampu melakukan urus niaga tunai, ia juga mampu
menukarkan mata wang Kanada dengan duit maya yang digunakan dalam dunia
internet. Duit itu mula dicipta pada tahun 2008 oleh seorang saintis komputer yang hanya dikenali dengan nama samaran Satoshi Nakamoto. Beberapa orang pelanggan mula beratur panjang kelmarin untuk
menggunakan mesin ATM itu dan kemudian menggunakan telefon pintar mereka
untuk membeli air kopi dan mufin di kedai kopi Waves.
"Mesin ATM ini adalah yang pertama di dunia," kata pengasasnya, Mitchel Demeter.
Demeter merupakan seorang usahawan tempatan yang memulakan perdagangan mata wang elektronik beberapa tahun lalu. Dia dan rakan-rakannya yang pernah belajar bersama berkata, mereka melihat mesin ATM sebagai sebuah peluang perniagaan.
"Tiada orang memiliki mesin ATM. Semua orang hanya melakukan pembelian dan penjualan di dalam laman web sahaja," kata Demeter.
Para pelanggan akan menggunakan nombor pengenalan peribadi untuk mengakses akaun mereka di mesin duit maya itu. Pelanggan-pelanggan itu akan memasukkan wang kertas ke dalam mesin
tersebut yang akan menukarkannya ke dalam bentuk mata wang maya yang
akan dimasukkan ke dalam telefon bimbit menerusi kaedah pengimbas.
Para pengguna kemudian akan membelanjakan duit maya itu dengan
menggunakan telefon bimbit iaitu cara yang sama kad kredit digunakan. -
AFP
Lihat lagi..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
No comments:
Post a Comment