Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.
Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.
Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai. Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.
“Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.(myMetro)
Komen weblog Ibnu Hasyim: Inilah wabak gejala sosial 'bala' yang diturunkan Allah. Apakah amaran Allah ini tidak ada kena mengena dengan pemimpin yang memerintah negara ini lebih dari 1/2 abad? UMNO boleh lepas tangan? Ini, 15 jenis maksiat yang Allah janji akan turunkan bala jika berlaku dalam negerinya. Dengar dan lihatlah wahai pemimpin negara!!
Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang.
- Suami memperturutkan kehendak isteri.
- Anak derhaka terhadap ibunya,
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
- Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
- Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
- Para artis-artis disanjung-sanjung.
- Muzik banyak dimainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Apakah membebaskan negara dari maksiat bukan tanggungjawab pemerintah dan pemimpin UMNO? Bagaimana kerajaan Malaysia menangani masalah pengkid ini?
2 comments:
sblm salahkn org lain, si suami wajar cuba kaji dulu diri sendiri.
ketara si isteri pilih org lan walaupn pmpuan kerana sudah tentu di suami gagal menjalankn t/jwab sbg suami dari segi nafkah zahir. bab bathin, confirm suami melayu terlebih mampu.. tapi ramai suami melayu gagal dari segi nfkah zahir.brg dapur tak lengkap, makan alan kadar.rumah suami tak rajin nk bantu. balik ofice terus terbungkang depan tv aje. mcm raja habis... kekadang menyampah gak para isteri tgk gelagt para suami mcm ni. tu yg kekadang bertindak agak brutal cari pengkid..
Setiap sesuatu yang berlaku ada sebabnya...
Post a Comment