Saturday, October 19, 2013

Ratu Muslimah Dunia & Tabarruj, Usaha Biadap Kelirukan Islam.



OBABIYI dimahkotakan oleh Ratu Muslimah Dunia 2012 yang merupakan warga Indonesia selepas beliau diumumkan sebagai juara Ratu Muslimah Dunia 2013.

OBABIYI Aishah Ajibola wanita kulit hitam  dari Nigeria telah diumumkan sebagai pemenang Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berlangsung di Jakarta bulan lalu. Dia memperoleh hadiah wang bernilai Rp.25 juta (RM7,063.43) dan pakej pelancongan ke Mekah serta India.

Lapor-lapor berita menyebutkan, menyifatkan penglibatannya dalam pertandingan tersebut sebagai tanggungjawabnya kepada wanita muslim seantero dunia. Baginya, golongan wanita muda pada hari ini sangat memerlukan figura wanita yang mampu mempamerkan peribadi (kononnya) bercirikan Islam untuk dijadikan teladan.

Masyarakat Islam dunia secara umumnya disifatkan memerlukan ikon yang berperibadi luhur dan bermoral untuk menentang dominasi gaya fesyen Barat yang mereka minati dalam diam. Begitulah cara berfikir songsangnya.

Seramai 20 peserta dari enam negara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei, Bangladesh, Nigeria, dan Iran telah disenarai pendek sebagai finalis Ratu Muslimah Dunia 2013. Pertandingan dikatakan tidak mengutamakan unsur kecantikan tetapi  yang ditekankan ialah solehah, bijaksana dan bergaya.

PARA peserta Pertandingan Ratu Muslimah Dunia 2013 dalam satu acara raptai sebelum majlis kemuncak. 

Bolehkah menjadi solehah melalui wanita bergaya dan memperagakan diri di depan publik? Islamik konon, patutlah pertandingan ini, dihujani kecaman dari rakyat beragama Islam di Indonesia. Rata-rata mereka berpendapat pertandingan berkenaan sama sahaja seperti mengeksploitasi golongan wanita cuma dengan cara yang lebih halus.

Menurut statistik terkini oleh Bank Dunia, Indonesia didiami kira-kira 246.9 juta penduduk. Seramai 87 peratus darinya  beragama Islam. Yakni, kira-kira 214.8 juta. Jadi, memang sewajibnya menentang dengan membetulkan hal yang menggugat kesucian agama Islam itu..

SEORANG lelaki memegang pelekat pada satu bantahan penganjuran Ratu Cantik Dunia di Jakarta atas alasan ia tidak sesuai dengan adat ketimuran dan agama Islam. 

Kesimpulan: Pertandingan Ratu Muslimah Dunia 2013 yang berlangsung di Jakarta bulan lalu, adalah suatu usaha mengelirukan pandangan Islam terhadap Muslimah, yang patut dihalang. Biadap sungguh mereka, tentu ada dalangnya.

Sedikit huraian tentang tabarruj. 

Tabarruj: Berhias Yang Dilarang

Pengertian Tabarruj: Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
  • “Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelaki non mahram.”
 Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan; 
  • “Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya. Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang dapat merangsang syahwat lelaki…  
Sedangkan sifat-sifat tabarruj di zaman jahiliyyah antaranya..
  1. Seorang wanita yang keluar dari rumah dan berjalan diantara lelaki.  Pendapat seperti ini dipegang oleh Mujahid.  
  2. Wanita yang berjalan berlenggak-lenggok dan penuh gaya dan genit.  Ini adalah pendapat Qatadah.  
  3. Wanita yang memakai wangian.  Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abi Najih
  4. Wanita yang mengenakan pakaian yang terbuat dari batu permata, kemudian ia memakainya, dan berjalan di tengah jalan.  Ini adalah pendapat al-Kalabiy.   
  5. Wanita yang pakai tudung namun tidak menutupnya, hingga anting-anting dan kalungnya terlihat…..” 
Larangan  Bertabarruj 

Pada dasarnya, Islam telah melarang wanita melakukan tabarruj (menampakkan perhiasannya). Dengan kata lain, tabarruj adalah hukum lain yang berbeza dengan hukum menutup aurat dan hukum wanita mengenakan tudung dan jilbab.

Adapun larangan tabarruj telah ditetapkan Allah swt di dalam surat al-Nuur ayat 60.  Allah swt berfirman: 
  • “Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haid dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[al-Nuur:60]
Mafhum muwafaqah ayat ini adalah, “jika wanita-wanita tua yang telah "menaphouse" saja dilarang melakukan tabarrauj, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang belum tua dan masih punya keinginan nikah.”

Perbuatan yang termasuk Kategori Tabarruj: Banyak hadits yang melarang setiap perbuatan yang dikategorikan sebagai tabarruj; diantaranya adalah sebagai berikut;

Satu: Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

Wanita yang mengenakan pakaian tipis, atau memakai busana ketat dan merangsang termasuk dalam kategori  tabarruj. Nabi saw bersabda:
  • “Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
Ketika mentafsirkan maksud “mutabarrijaat” yang terdapat di dalam surat al-Nuur ayat 60, Imam Ibnu al-’Arabiy menyatakan; 
  • “Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya.  Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah saw yang terdapat di dalam hadits shahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang,  dan berlenggak-lenggok.  Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].
Ini disebabkan, jika pakaiannya nipis, yang boleh menampakkan dirinya, dan ini adalah haram.”
Dua: Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram
Nabi saw bersabda,
  • “Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Nabi saw bersabda; 
  • “Setiap wanita yang memakai wangian,  janganlah ia mengerjakan solat ‘Isya’ bersama kami.”[HR. Muslim] 
  • “Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim] 
Menurut Ibnu Abi Najih, wanita yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian termasuk dalam kategori tabarruj jahiliyyah. Oleh kerana itu, seorang wanita Mukminat dilarang keluar rumah atau berada di antara lelaki dengan mengenakan wangian yang dominan baunya. Adapun sifat wangian bagi wanita Mukminat adalah tidak ketara baunya.  

Ketentuan seperti ini didasarkan pada sabda Rasulullah saw;
  • “Ketahuilah, perfume lelaki adalah yang tercium baunya, dan tidak terlihat warnanya.  Sedangkan perfume wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium baunya.”[HR. Imam Ahmad dan Abu Dawud]
Tiga: Behias terhadap lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya.  Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj.   Dalam sebuah hadits diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda; 
  • Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]
Empat: Berdandan Berlebihan

Termasuk tabarruj adalah berdandan atau bersolek dengan tidak seperti biasanya.  Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya.   Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif.  Imam Bukhari menyatakan, bahawa "tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman; 
  • “Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj.  Sedangkan definisi tabarruj 'adalah idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib (menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki yang bukan mahram)'. 
Jika dinyatakan; seorang wanita telah bertabarruj, ertinya, wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang yang bukan mahramnya.  Atas dasar itu, setiap perbuatan mengenakan perhiasan atau menampakkan kecantikan yang akan mengundang pandangan kaum lelaki termasuk dalam tindakan tabarruj yang dilarang.
Berdandan mini(dengan kadar sedikit), baik dengan lipstik, bedak, eye shadow, dan lain sebagainya dipandang merupakan tindakan tabarruj.  Pasalnya, semua tindakan ini ditujukan untuk menampakkan kecantikan dirinya, kepada orang yang bukan mahram.

Lima: Membuka Sebahagian Aurat

Wanita yang mengenakan topi kepala tanpa bertudung; pakai seluar tanpa mengenakan jilbab, memakai tudung tetapi rantai dan anting-antingnya kelihatan, dan sebagainya, termasuk dalam tabarruj.

Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Rasulullah saw; 
  • “Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya.  Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]
Di dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawiy berkata,
  • “Hadis ini termasuk salah satu mukjizat kenabian.  Sungguh, akan muncul kedua golongan itu.  Hadits ini membincangkan mengenai celaan kepada dua golongan tersebut…. Sedangkan ulama lain berpendapat, bahawa mereka adalah wanita-wanita yang menutup sebagian tubuhnya, dan menyingkap sebagian tubuhnya yang lain, untuk menampakkan kecantikannya atau kerana tujuan yang lain.”
Menggelung rambut hingga besar seperti bonggol unta, juga termasuk tindakan tabarruj yang diharamkan di dalam Islam.  Sayangnya, perbuatan menggelung rambut seperti telah membudaya di tengah-tengah masyarakat, dan mereka tidak menyedari bahawa hal itu termasuk perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt.

Enam: Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

  • "Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik.   Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Dalam riwayat lain dituturkan, bahawa Ibnu Mas’ud ra berkata;
“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]
Sesungguhnya, perbuatan-perbuatan yang terkategori tabarruj masih banyak, tidak hanya perbuatan-perbuatan yang telah dijelaskan di atas. Masih banyak perbuatan-perbuatan lain yang termasuk tabarruj. Jadi, melalui pemahaman terhadap dalil-dalil yang telah disebutkan, maka tindakan tabarruj seorang wanita dalam hukum syara’ adalah setiap upaya mengenakan perhiasaan ataupun menampakkan perhiasaan dan kecantikannya yang mampu mengundang pandangan lelaki non mahram untuk memperhatikan dirinya (idzhaar al-ziinah wa al-mahaasin li al-ajaanib)
 
Sedangkan berhiasnya seorang isteri di hadapan suaminya; atau berdandannya seorang isteri ketika ada di rumah, adalah tindakan yang diperbolehkan tanpa ada khilaf (perbedaan pendapat). Tabarruj adalah perbuatan haram dan berbahaya bagi kehidupan kaum muslim. Sudah seharusnya setiap muslimah memahami makna tabarruj ini, sehingga mereka dapat memperhatikan pakaian, perhiasan, "perfume", gaya berjalan (sikap tubuh), asesoris yang mereka gunakan pada pakaian mereka agar tidak menarik dan mengundang pandangan lelaki non mahram kepada dirinya. Kerana jika hal tersebut berlaku, maka perbuatan tersebut termasuk tabarruj.  

Wallahu’alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails