Rayuan Untuk Pengundi Sungai Limau: Kekalkan PAS, Tolak Penindasan Terhadap Rakyat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya mengirimkan tulisan ini buat pengundi-pengundi di DUN Sungai Limau, Kedah yang akan membuat pilihan di dalam pilihanraya kecil pada 4 November 2013 ini.

Sekalipun mungkin saya tidak sempat bersua mata
dengan semua pengundi, tetapi saya harap tulisan ini dapat dibaca dengan
hati yang terbuka dan fikiran yang tenang.
Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan PAS di DUN Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam pilihanraya umum yang lepas.

Insya-allah, keikhlasan tuan-tuan di dalam
membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai
amalan kebaikan oleh Allah SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama ADUN Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap Allah SWT kemudiannya.
Ingatlah, kejatuhan kerajaan PAS di Kedah telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman sendiri. Lihatlah apa yang berlaku di KUIN, Kedah. Institut yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan UMNO/Barisan Nasional dan diperkasakan oleh Almarrhum Ustaz Azizan selaku Menteri Besar kemudiannya namun akhirnya menerima nasib yang malang di bawah kepimpinan baru kerajaan Kedah selepas pilihanraya umum yang lepas. Buatlah penilaian, adakah kerajaan UMNO/Barisan Nasional berminat dengan pendidikan agama?
Begitu juga dengan pelbagai kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihanraya. Kenaikan harga minyak, pengumuman GST dan banyak lagi isu lain membuktikan bahawa UMNO/Barisan Nasional sebenarnya tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan. Mereka hanya menghulurkan gula-gula bernama BR1M menjelang pilihanraya umum namun mereka mengambilnya semua menerusi kenaikan harga barang.
Kitalah yang terhimpit, kitalah yang merana. Justeru, pengundi-pengundi DUN Sungai Limau wajib membuat pilihan yang tepat bagi membuktikan bahawa rakyat tidak redha dengan kenaikan harga barangan seperti ini. Satu undi untuk UMNO/Barisan Nasional bermaka satu undi yang menyokong kenaikan harga barang.
Lebih dari itu, PAS membawa politik Islam yang mengajar hidup ini berkait rapat dengan syurga dan neraka. Setiap amalan akan dinilai oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang setimpal. Jika memasuki tandas sekalipun ada amalan-amalan yang perlu dilakukan, adakah memerintah negara yang sebegitu besar urusannya tiada panduan di dalam Islam? Jawapannya ialah ada, namun UMNO meraba-raba mencari jawapan ini apabila mereka tidak bersandarkan kepada Islam sebagai asas perjuangan.
Apabila UMNO meninggalkan Islam sebagai sebagai asas pemerintahan, keamanan tergugat, ketenteraman tiada dan keberkatan hidup hilang dari masyarakat. Pelbagai undang-undang diperkenalkan, namun tiada ertinya jika undang-undang Allah SWT diketepikan. Dengan Islam, hidup akan menjadi berkat, kedamaian Insya-Allah dapat dikecapi kerana setiap individu diikat dengan undang-undang yang datangnya daripada Allah SWT.
Hari ini, saban hari kita bimbangkan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan akibat keamanan yang hilang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional.
Justeru, tunjukkan bahawa kita punya harga diri. Sekali lagi saya merayu, kekalkanlah undi anda semua kepada PAS. Buktikanlah bahawa rakyat Sungai Limau tidak mudah dibeli dan disogok.
Sekian, terima kasih.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 24 Zulhijjah 1434H bersamaan 29 Oktober 2013M

Seterusnya..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
No comments:
Post a Comment