Wednesday, October 23, 2013

Salahkah Rihanna Berfoto Begini Depan Masjid?

Salah satu foto Rihanna yang diangkat di instagram masa pakai tudung.
HALAMAN HIBURAN

ABU DHABI: Penyanyi Rihanna membuat heboh di media sosial, Instagram dengan memposting foto yang menunjukkan dia mengenakan pakaian hitam panjang dan berjilbab.

Dia mengambil foto itu dengan latar belakang masjid besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Uni Emirate Arab. Foto yang diposting pada Jumat lalu tersebut mendapat reaksi kemarahan dari sejumlah penggemarnya.
Dengan mengenakan jumpsuit hitam di depan masjid, Rihanna tetap dianggap tidak menghormati tempat ibadah.

"Rihanna jadi model di masjid Sheikh Zayed itu salah. Siapa yang mengizinkan dia masuk?" ujar seorang pengguna Instagram, BinttAlthee dikutip Al-Arabiya edisi Ahad (21/10).

Pengguna Twitter juga memberi reaksi serupa. "Foto Rihanna di masjid Sheikh Zayed tidak menghormati tempat ibadah," ujarnya.

Untuk mengunjungi masjid terbesar di negara tersebut, pengunjung diharuskan memakai pakaian yang sesuai seperti abaya dan menutupi rambut. Meski ada yang marah, sebahagian penggemar Rihanna menyukai foto tersebut.

"Dia memperlihatkan penghormatannya dengan mendukung berjilbab," ujar pengguna Twitter, mila_iggy.

Bulan lalu, bintang pop tersebut juga membuat sensasi di media sosial kerana berkicau dia menghadiri pertunjukan seks di Thailand.

Komen weblog Ibnu Hasyim:  Akhir-akhir ini, UMNO/BN seringkali cuba mensensasikan isu agama dan perkauman, namun hasilnya isu tersebut akhirnya menunjukkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Dan hikmah setiap isu-isu yang timbul ini telah mencelikkan mata masyarakat berkenaan hukum-hakam Islam yang selama ini mungkin tidak diambil endah oleh masyarakat kita. Alhamdulillah.
Mengenai gambar dan tajuk di atas (tajuk 'depan' masjid), mari kita lihat, hukum pelancong bukan Islam memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama dalam Masjid. Diangkat  dari http://www.e-fatwa.gov.my Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Keterangan/Hujah: 
  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
     
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
     
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
     
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza."
Salahkah Rihanna berfoto begitu depan masjid? Jadi, jawapannya tidak salah! Cuma keterangan di perkara  ke 4 di atas ini boleh di bahas lagi.. Wallahu 'aklam.

1 comment:

  1. Perempuan menjadi model untuk ditatap dan disebar gambarnya adalah salah.Walaupun yang menjadi model adalah bukan Islam sekalipun,namun jika berlatarbelakangkan tempat ibadah,maka itu bererti pencemaran kepada agama.

    Sama sahaja ertinya dengan mencampurkan yang halal dan haram itu dalam satu wadah.

    ReplyDelete