Sunday, October 13, 2013

Khairy, Shahrizat Pertahan & Mas Ermieyati Menang.

KEMASKINI
Shahrizat, Khairy Pertahan Jawatan, Mas Ketua Puteri Baharu
KUALA LUMPUR: Menepati jangkaan awal, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan penguasaan masing-masing bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno.
MENANG BESAR... (Dari kiri) Penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, penyandang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua baru Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin meraikan kemenangan berdasarkan keputusan tidak rasmi dalam pemilihan sayap parti pada Sabtu. Foto RAJA FAISAL HISHAN / THE STA
Khairy (kiri) dan Shahrizat (kanan).
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masing-masing dilaporkan berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno, manakala calon baru Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin hampir memenangi jawatan itu berdasarkan undian daripada 191 bahagian menerusi keputusan tidak rasmi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairy mendapat 115 undi dan Shahrizat dengan 98 undi yang sekaligus membolehkan mereka mempertahankan kedudukan bagi penggal kedua. Keputusan rasmi pada pukul 12.10 tengah malam menunjukkan Khairy Jamaluddin mendahului dengan meraih undi daripada 54 bahagian.

Pihak lawannya iaitu Syed Rosli Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali masih belum memenangi sebarang kemenangan dari mana-mana bahagian.
Shahrizat turut mendahului persaingan dengan 43 undi.

Dua pesaing beliau, Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman masih belum memperoleh sebarang undi.
Bagi jawatan Ketua Puteri Umno pula, Mas Ermieyati Samsudin mendahului dengan kemenangan di 34 bahagian manakala Jamilah Hanim Othman memperoleh kemenangan di lapan bahagian. (mStar)

No comments:

Post a Comment