KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja. Sebaliknya
kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir
mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang
akan menjejaskan kedaulatan negara.
"PAs menyokong sepenuhnya
usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS
minta semua ahli turun ke himpunan esok
"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.
"Kita
hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara
kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak
kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun
tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
Pentas malam tadi
merupakan acara kemuncak kepada siri jelajah Bantah TPPA ke seluruh
negara yang bermula 19 September lalu sebelum himpunan besar-besaran jam
2 petang ini di KLCC.
SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan
pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengadakan siri
jelajah tersebut bagi memberikan penerangan kepada rayat berhubung
bahaya TPPA kepada kedaulatan negara.
Husam juga menegaskan, Islam menggalakkan perdagangan kerana perdagangan menghasilkan kemakmuran dan keharmonian kepada negara.. Namun katanya, perundingan dalam TPPA tidak seimbang dan akan mengongkong negara yang sedang membangun.
"Perdagangan
itu syaratnya bebas dan menghasilkan kemakmuran bersama. Yang kita
bincang hari ini kongkongan perdagangan bebas walaupun namanya bebas.
"Bagaimana
kongkongan iu berlaku iaitu dalam pertandingan yang tidak seimbang di
mana syarikat gergasi dunia akan menguasi perdaganan dan menghimpit
pedagang kecil yang tidak mampu bersaing.
"Dengan cara ini rakyat
sesuatu negara akan jadi lebih miski. Bila rakyat miskin negara juga
akan miskin. Bila miskin negara akan lemah mereka tidak ada hak untuk
demand," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak TPPA tetapi dalam masa yang sama
tidak mahu pemimpin negara menguasi ekonomi negara melalui kroni
mereka.
"Saya menentang TPPA atas prinsip keadilan kepada rakyat.
Saya tak menentang TPPA supaya Amerika tak kuasai ekonomi supaya
anak-anak saya boleh kuasai minyak.
"Kita menentang kerana rundingan TPPA ini sudah menunjukkan ketidakadilan," tegasnya.
Pentas
malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, R
Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu), Ketua Penerangan Dewan MUslimat PAS
Pusat Aiman Athirah Al Jundi, wakil Ikram Syed Ibrahim Syed Noh,
aktivis Hishamuddin Rais serta aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment