Friday, October 11, 2013

Tolak TPPA, Fikir Tindakan Seterusnya -Husam Musa

KUALA LUMPUR: Bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak harus berakhir dengan himpunan di KLCC hari ini sahaja. Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, semua pihak harus berfikir mengenai tindakan seterusnya bagi memastikan Malaysia menolak TPPA yang akan menjejaskan kedaulatan negara.

"PAs menyokong sepenuhnya usaha anak muda yang menggerakkan himpunan untuk membantah TPPA dan PAS minta semua ahli turun ke himpunan esok
"Tapi langkah kita tak harus berhenti esok. Saya tak suka buat sesuatu benda di mana ia tak siap, tak sempurna.
"Kita hanya bantah kemudian ia (TPPA) berjalan. kita kena berfikir secara kreatif, di luar kotak bagaimana nak tamatkan apa yang kita tak kehendaki. Kalau hanya bantah tapi tak ada keputusan yang konkrit pun tak guna," katanya sewaktu berucap di Pentas Perdana Anti TPPA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Pentas malam tadi merupakan acara kemuncak kepada siri jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara yang bermula 19 September lalu sebelum himpunan besar-besaran jam 2 petang ini di KLCC.

SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (Bantah) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengadakan siri jelajah tersebut bagi memberikan penerangan kepada rayat berhubung bahaya TPPA kepada kedaulatan negara.

Husam juga menegaskan, Islam menggalakkan perdagangan kerana perdagangan menghasilkan kemakmuran dan keharmonian kepada negara.. Namun katanya, perundingan dalam TPPA tidak seimbang dan akan mengongkong negara yang sedang membangun.

"Perdagangan itu syaratnya bebas dan menghasilkan kemakmuran bersama. Yang kita bincang hari ini kongkongan perdagangan bebas walaupun namanya bebas.
"Bagaimana kongkongan iu berlaku iaitu dalam pertandingan yang tidak seimbang di mana syarikat gergasi dunia akan menguasi perdaganan dan menghimpit pedagang kecil yang tidak mampu bersaing.
"Dengan cara ini rakyat sesuatu negara akan jadi lebih miski. Bila rakyat miskin negara juga akan miskin. Bila miskin negara akan lemah mereka tidak ada hak untuk demand," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menolak TPPA tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pemimpin negara menguasi ekonomi negara melalui kroni mereka.

"Saya menentang TPPA atas prinsip keadilan kepada rakyat. Saya tak menentang TPPA supaya Amerika tak kuasai ekonomi supaya anak-anak saya boleh kuasai minyak.
"Kita menentang kerana rundingan TPPA ini sudah menunjukkan ketidakadilan," tegasnya.

Pentas malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, R Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu), Ketua Penerangan Dewan MUslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi, wakil Ikram Syed Ibrahim Syed Noh, aktivis Hishamuddin Rais serta aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment