Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz
Anak
lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut
bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan
proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 November ini.
Jawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula. Nik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.
Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad.
Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.
Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.
Raja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.
"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.
"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.
Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok. (MK)

2 comments:
dekat UMNO suma yg tak best
dekat PAS saing sengit utk dapatkan yg plg best
Anak TGHA? Tak pernah dengar pun nama ni.Tiba-tiba nak jadi Tim.Ketua Pemuda PAS.Ini dah pasti calun payung terjun.
Post a Comment