Thursday, November 07, 2013

Anak Kartunis LAT Jadi Pengarah Filem. Filem Dakwah?

Junaidah anak kartunis terkenal LAT ingin menjadi seorang pengarah berjaya.. 
HALAMAN HIBURAN

JUNAINAH, anak kepada kartunis terkenal Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih terkenal dengan nama Lat, kini telah menjadi pengarah filem. Junaidah, 30, telah menghasilkan filem pendek Odah bagi projek Ikal Mayang pada awal tahun ini.

"Saya tidak mewarisi bakat ayah pun, tidak pandai melukis tetapi sifat suka berlawak tu adalah.." katanya yang juga memiliki bakat dalam penulisan skrip teater muzikal, seperti lapor mStar Online hari ini.

Menurutnya, dia mula membabitkan diri dalam penulisan skrip sejak empat tahun lalu dengan bekerja di bawah syarikat aktor Hans Isaac iaitu Tall Order Production. Dia juga terbabit dalam pementasan teater muzikal Supermokh yang akan berlangsung bermula pada hari ini.

"Selain itu saya juga bersyukur, selepas filem pendek Odah, ada pihak yang memberi tawaran membantu saya menerbitkan filem arahan saya sendiri dan setakat in masih lagi dalam proses perbincangan.
"Risau juga kerana ia melibatkan filem berbajet besar dan saya masih lagi baharu. Tetapi saya anggap ia sebagai satu cabaran untuk diri memberikan karya yang terbaik buat penggemar filem tempatan," ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tidak ada ruang dan usaha-usaha kearah menghasilkan filem-filem pendek dakwah, sedangkan bakat-bakat remaja Malaysia mula terserlah? Ini peluang untuk membimbing remaja kearah agama. Pihak-pihak pemegang amanah Allah menjaga agama di negara ini perlu ambil perhatian... (IH)

No comments:

Post a Comment