Monday, November 04, 2013

Artis Mahu Ikhlas Dalam Suasana Jahat, Tidak Islamik. Bolehkah?



HALAMAN HIBURAN

Suka lakon watak jahat
Sukar untuk menidakkan dalam industri ini artis terutama bakat yang baru hendak berjinak-jinak serta membina nama tidak ketinggalan menjadi mangsa usikan nakal golongan tertentu dan mungkin silap langkah akan kecundang sebelum sempat menggapai impian.

Namun, bagi pendatang baru yang tidak pernah meletakkan sasaran untuk berlakon secara serius, Ezzaty Abdullah, 23, dia tidak terfikir akan mudah goyah meskipun mengakui pernah sekali dua mengalami situasi cuba digoda pihak tertentu.

Sudah faham perkara sebegitu banyak kebarangkalian akan terjadi apatah lagi dengan pendatang baru sepertinya. Katanya dia tidak mahu terlalu obses, namun tidak juga mahu sambil lewa kerana apapun, pendekatan secara baik itu masih keutamaannya.

“Saya suka berkawan dengan sesiapa juga, namun pada masa sama tidak mahu keramahan saya disalah-anggap kerana bila saya benar-benar mahu berkawan, saya ikhlas.
“Tidak dinafikan, ada juga penerbit yang cuba rapat dengan saya tapi itulah, saya memang akan menolak lembut kerana kemesraan saya cuma atas dasar profesional ketika bekerja,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan ikhlas, dalam suasana campur baur artis
  • 'suka berkawan dengan sesiapa juga', 
  • 'kemesraan saya cuma atas dasar profesional', 
dan dalam realiti jahiliah masa kini yang tidak Islamik?

2 comments:

Nazir said...

Bgmn memahami erti keikhlasan bila tidak dpt membezakan kebaikan dan keburukan, dosa dan pahala, hasanah dan saiyi'ah.

Unknown said...

moga umat islam malaysia diberi hidayah petunjuk oleh allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails