▼
Sunday, November 03, 2013
Deepavali Di Sg Limau. Ini “buah tangan” BN...
Sambutan Deepavali hari ini juga dirasai penduduk Sungai Limau apabila kemeriahannya ditambah dengan pemberian "buah tangan" oleh Barisan Nasional (BN)kepada para penduduk sekitar.
Kurang daripada tempoh 48 jam hari membuang undi Isnin ini, jentera kerajaan juga rancak dalam mengagihkan pelbagai barangan yang terdiri daripada topi keledar berwarna biru, baju dan juga kasut kepada penduduk yang mengunjungi program-program anjuran BN di sini.
Pemerhatian wartawan The Malaysian Insider mendapati, jalan raya menuju ke pekan Sungai Limau dan Dulang Besar (salah satu mukim dalam Sungai Limau) sesak dengan kenderaan sejauh 10 kilometer yang berpusu-pusu ke lokasi tersebut.
Terdapat lokasi dan pegawai bertugas mengedarkan "buah tangan" tidak jauh beberapa ratus meter daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini.
"Adalah kasut dan t-shirt," jawab seorang pengunjung yang membawa sama barangan keluar daripada tempat program tersebut.
Barang-barang yang diedarkan mempunyai logo 1Malaysia dan juga gambar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidak jauh daripada tempat pengedaran "buah tangan" tersebut, jentera BN juga menganjurkan satu perhimpunan anak muda untuk memancing sokongan pengundi yang dianggap sebagai penentu pada pilihan raya kecil kali ini.
Perhimpunan tersebut akan bermula sekitar jam 6 petang dan berakhir 11 malam, dimana cabutan bertuah dan persembahan komedi juga menjadi daya tarikan para pengundi. Pengunjung juga akan diberikan jamuan percuma sepanjang lima jam karnival tersebut diadakan.
Semalam, PAS dalam satu sidang media mendakwa kerajaan BN berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau. Menurut Pesuruhjaya PAS negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.
Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama; RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain; program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700); bantuan zakat Agrobank (RM19,700); pinjaman Tekun (RM30,000); peruntukan masjid Simpang Empat (RM300,000); sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000); bantuan baiki rumah (RM1 juta); pemberian cermin mata (RM1.18 juta); peruntukan jeti perikanan (RM500,000); peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta); dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Selain itu, Mahfuz juga mendakwa sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau. – 2 November, 2013.(TMI)
Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah
Ulasan Putrarahman.
ReplyDeleteKalau nak baca lanjut kajian ilham centre di Kuala Besut booleh baca di :SINI. Kalau nak baca kajian lanjut Ilham Centre PRK Sungai Limau baca di :SINI
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa BN telah berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah berbanding PRU13 dahulu. Kalau di PRK Kuala Besut, Ilham Centre memberikan 71 % kepada PAS tetapi di Sungai Limau mereka hanya memberikan 55% sahaja kepada PAS.
Dari segi calon pula, di Kuala Besut Ilham Centre memberikan 71% untuk calon PAS dan 14% untuk calon BN.
Di PRK Sungai Limau Ilham Cenre memberikan 50% untuk calon PAS dan 38% untuk calon BN.
Kalau dilihat kepada kajian ini di Kuala Besut, jelas bahawa ianya jauh tersasar daripada keputusan yang sebenarnya. Dari kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre di Sungai Limau ini dan dibandingkan dengan kajian mereka di Kuala Besut, adakah di Sungai Limau juga akan memberikan keputusan yang sebaliknya seperti Kuala Besut? Adakah BN bakal menang besar di PRK Sungai Limau? Memang hamPAS pun.