HALAMAN HIBURAN
KL: PENYANYI Hafiz menjelaskan 'gambar mesra' dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.
Lapor mStar hari ini.. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.
Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.
"Itu gambar biasa sahaja?? Perkara-perkara begini perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak bertanggung jawab, terutamanya bahagian agama di negara ini, supaya orang ramai tidak terkeliru dan tersesat oleh 'fatwa' dari idola remaja di negara ini." Demikian pandangan dari editor Weblog Ibnu Hasyim.
"Ini bukan menghina, tetapi hanya meng'islah' yang menjadi kewajipan tiap peribadi Muslam." tegasnya. (IH)
Oh...Dah jadi perkara biasa pada beliau selama ini rupanya, tu fasallah jawapan klise diberikan.
ReplyDelete