mohamad sayuti omar"Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," tulis Mohd Sayuti Omar (gambar sebelah, kiri sekali) dalam blognya pagi ini.

Husam pada Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding," beliau dipetik sebagai berkata.
"Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti."

Hampir pasti, kata sumber

Justeru, kini tanda tanya sama ada Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah akan turut berentap ke jawatan nombor dua, menurut artikel berjudul "Husam akan tanding timbalan, Idris tolak pencalonan" itu.

"Sekiranya Mohd Amar (bawah) berhajat elok beliau menayatakan pendirian lebih awal dari Husam," kata Mohd Sayuti yang juga penulis politik popular itu. Usaha Malaysiakini mendapatkan pengesahan Husam setakat ini belum berjaya.
NONE
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden. Daripada aspek kewibawaan Husam dikatakan berpeluang membuat kejutan.

Bagaimanapun, satu-satunya beban yang mungkin menghantuinya adalah kenyataannya yang tidak akan mencabar Mohamad sebelum ini.

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.
"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya dalam forum membincangkan masa depan PAS di ibu negara pada 3 Oktober lalu ketika menjawap soalan penonton. (MK)