ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya
London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai ‘hamba’
selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang
mengimpikan kebebasannya.
Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi
penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya
sebagai anak angkat ketika masih bayi. Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.
“Saya umpama seekor lalat yang terperangkap di sarang labah-labah,” katanya.
SURAT tulisan tangan Rosie yang meluahkan kesengsaraannya dikurung selama 30 tahun.
Rosie dikurung bagaikan banduan hampir sepanjang hayat bersama wanita
rakyat Ireland yang berusia 57 tahun dan wanita warga Malaysia berusia
69 tahun. Mereka dibebaskan dari sebuah flat di Brixton, selatan London bulan lalu.
Pasangan suspek berusia 67 tahun dari India dan Tanzania didakwa pemimpin kumpulan radikal Marxist berpangkalan di Brixton. Polis malam semalam cuba mengesan 13 alamat di sekitar London yang disyaki menjadi kediaman pasangan suspek sebelum ini.
Pendedahan itu dibuat ketika beberapa surat yang meluahkan kesedihan
kerana dikurung sebagai banduan dan gambar mangsa termuda itu ditemui.
Mangsa yang dahagakan kasih sayang menghantar 220 surat dan puisi kepada
seorang jirannya, Marius Feneck dan memberitahu lelaki itu bagaimana
dia dikurung oleh “penjahat yang bersikap perkauman.”
Suspek bersama isterinya [berkerusi roda]
“Saya mahu kamu tahu kebenarannya. Lelaki ini memang jahat dan membersifat perkauman.
“Saya merayu kepada mereka agar jangan pisahkan kita, tetapi mereka
kata, mereka akan menyakiti kamu jika saya tidak berjanji untuk menjauhi
kamu. Kemudian mereka mengurung saya di sini, mengunci semua pintu dan
tingkap.
“Saya tidak berani untuk melarikan diri kerana saya tahu mereka akan
menyakiti kamu jika saya lakukan demikian. Jadi, saya macam lalat yang
terperangkap di sarang labah-labah.
“Saya minta maaf atas perbuatan jahat mereka yang mengaku keluarga saya itu. Saya bencikan mereka,” katanya. - Agensi - 27/11/13
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon Britain negara maju, tapi tidak maju dalam kemanusiaan..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon Britain negara maju, tapi tidak maju dalam kemanusiaan..
3 comments:
Dulu admin pernah post pasal ahli parlimen wanita Kuwait yang cadangkan lelaki kuwait ambik tawanan perempuan sebagai hamba supaya dapat dijadikan alat pemuas hawa nafsu ramai komentar yang menyokong dan bercita-cita nak ada hamba wanita. Sekarang ni muncul berita seorang wanita Malaysia jadi hamba abdi di London tak tahu sapa punya saudara mara tapi dia adalah saudara seagama dan sebangsa dengan kita umat Islam Malaysia. Sendiri mau ingatlah.
Moral of the story, orang katek mapu kawal minda tiga orang pperempuan dan isterinya kerana Kominis memang demikian jalan cerrit hidup mereka!
rosie mungkin anak kepada wanita Irish, yang mati setelah cuba melarikan diri dan jatuh dari tingkap tandas. Dia kemudian dimasukkan ke hospital dan mati setelah sedikit masa dirawat di Hospital.
Bala dan Chanda ialah saki baki sel Marxis - Lenin yang mungkin menggunakan kedudukan Aishah yang `tinggal secara haram' di Brixton selama menjebakkan diri dengan kedua Marxis tua ini.
Doakan Hisham Rais dan cikgu Kamar berjaya membawa Aishah adiknya pulang kepangkuan keluarga supaya dapat dipulihkan akedah dan sempat bertaubat diusia sudah 69 tahun.
InshaAllah.
Amin.
Post a Comment