Inilah pusat sembelihan babi yang masih beroperasi bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Melaka di Ayer Keroh.
MELAKA - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan untuk
menutup pusat sembelihan babi yang beroperasi di tanah milik kerajaan
bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Ayer Keroh di
sini berkuat kuasa 31 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri,
Datuk Hasan Rahman berkata, bagaimanapun mereka diberi kelonggaran
selama dua bulan sehingga Februari tahun depan untuk memindahkan semua
peralatan pusat tersebut. Pusat itu mampu menyembelih 9,000 ekor babi
sebulan.
Beliau berkata, tapak baharu pusat sembelihan tersebut ialah di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, kira-kira 20 kilometer dari tapak lama. (Kosmo).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Babi pun disembelih? Kerajaan Melaka takut pada babi? Ulamak-ulamak Umno tolong jelaskan apa hukum orang bukan Islam ternak babi dalam negara Islam? Bagaiman pula hukum makan hasil cukai babi, arak, judi dalam negara seperti di Malaysia sekarang ini?
No comments:
Post a Comment