Friday, November 01, 2013

Mengapa Blog You Asyik Salahkan UMNO?






CATATAN SANTAI 

"MENGAPA blog you asyik salahkan UMNO? Nanti orang bosan membacanya.." Tanya atau sindir kawanku, seorang 'Dr', semasa aku menemuinya di Putrajaya beberapa hari lepas.

"Oh! Nanti aku jawab dalam blog," kataku. "Kerana ramai juga yang bertanya begitu dalam blog. Biar aku jawab sekali harung!"

Maka ini jawapannya secara ringkas.. 

Kerana kita sayang pekerintah kita, kita wajib sedarkan tanggung jawab pemerintah terhadap rakyat. Memadai dengan merenung satu hadis ini dulu..

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَاسَرِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا مِنْ وَالٍ يَلِيْ رَعِيَّتَهُ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ فَيَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لَهُمْ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
(رواه البخاري ومسلم )

Terjemahan Hadis
  • Ma’qil bin Yasar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Mana –mana pemerintah yang memerintah rakyat Islam, tiba –tiba pemerintah itu mati dengan keadaan menipu rakyat , maka balasannya Allah mengharamkan masuk syurga .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan mengenai perawai Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ma’qil bin Yasair RA

Nilai Hadis: Hadis ini menerangkan tentang tanggungjawab besar seorang pemimpin yang memerintah umat Islam, hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik, tidak boleh melakukan penipuan terhadap mereka. Allah SWT akan menyiksa mereka dengan azab api neraka , dengan diharamkan memasuki syurga.

Keterangan Hadis secara terperinci:

Pertama: Tanggungjawab pemerintah yang memerintah rakyat Islam

Pemerintah yang memerintah rakyat Islam hendaklah menjalan tanggungjawab
seperti berikut :
  1. Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orangramai, pemimpin hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat dan menjauhkan sesuatu perkara yang rakyat tidak suka .
  2. Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan, kerana Allah SWT telah memerintahkan menyegerakan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 
  3. Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahawat, dan mesti berusaha agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir .
  4. Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan penuh kemesraan.
  5. Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai – nilai syarak. 
  6. Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak dari kepentingan dirinya.
  7. Sekiranya rakyat dihukum , maka hukumlah dengan adil .
  8. Hendaklah mendampingi para ulamak .
  9. Meninggalkan sifat mazmumah seperti bermegah –megah , sombong dan garang serta panas baran.
  10. Mejauhi kezaliman .

Kedua: Bahaya perbuatan menipu .

A. Perbuatan menipu di larang oleh Allah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
1.Allah SWT memerintahkan manusia supaya bersifat benar dan jujur, dilarang samasekali melakukan penipuan, Friman Allah SWT yang menyuruh bersifat benar di dalam surah Az –Zumar ayat 33 yang bermaksud :
  • Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
Dan firmanNya lagi di dalam surah Al Maaidah ayat 119 yang bermaksud : Allah berfirman:
  • "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia. itulah kejayaan yang amat besar".
2.Allah juga memerintahkan supaya menunaikan janji, melanggar pejanjian adalah melakukan penipuan , seperti fiman Allah SWT di dalam ayat 10 Surah Al-Fath yang menyatakan baiknya menunaikan janji :
  • Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
B. Menipu itu salah satu sifat mazmumah yang mana tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepadanya . Menipu adalah sifat yang keji yang dicela oleh agama ,dengan melakukan penipuan maka ia tidak amanah dan bertanggungjawab, sedang Allah memerintah supaya bersifat amanah seperti di dalam ayat 58 surah An Nisa’yang bermaksud:
  • Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Kesimpulan: Ringkasan pengajaran dari hadisdi atas..
  • Islam agama mementingkan soal pemerintah di samping soal akhirat .
  • Tiap –tiap pemerintah hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan jujur .
  • Pemerintah yang zalim tidak masuk syurga .
  • Individu pemerintah mesti menunaikan suruhan agama,seperti solat.
Saranan: Dalam PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Limau Kedah yang akan diadakan beberapa hari lagi, pilihlah calon atau parti yang mempunyai ciri-ciri di atas.

Kepada kawanku atau pembaca-pembaca weblog ini yang menganggap aku sentiasa menyalahkan UMNO, aku nak tanya balik, '..Apakah UMNO tidak ada salah sehingga tidak perlu ditegur dan dibetulkan?'  Kita juga bosan dan muak dengan 'ampu-sana ampu-sini' juak-juaknya..

Allahu 'aklam!

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
1 Nov 2013
KL

1 comment:

Anonymous said...

kalau salah tetap salah nak bodek apa lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails