SHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi
2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.
Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).
Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.
Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.
No comments:
Post a Comment