Friday, November 29, 2013

Nik Aziz Kunjungi Lelaki Tertua Di Dunia Berusia 160 Tahun


TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan. Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak. Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang. Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.
“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun. Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau. Demikian menurut Harakahdaily.

Carmelo Flores, pria tertua di dunia asal Bolivia 
Carmelo Flores, lelaki tertua di dunia asal Bolivia (news.com.au)

Sedangkan laman news.com.au, Selasa 20 Ogos 2013 melaporkan lelaki yang diumumkan tertua di dunia adalah berasal dari Bolivia, bernama Carmelo Flores. Pada bulan lalu genap berusia 123 tahun. Flores mengaku untuk dapat hidup berumur panjang, dia mengikuti pola diet penduduk Andean yang bermukim di Gunung Andes.

Begitu juga di Grand Island (New York), dilaporkan lelaki tertua di dunia yang juga seorang pemuzik dan pelombong arang batu dari barat New York meninggal dunia pada usia 112 tahun. Salustiano Sanchez-Blazquez meninggal dunia Jumaat lalu di rumah penjagaan orang tua di Grand Island, menurut perunding kanan gerontologi, Robert Young kepada Rekod Dunia Guinness.
Foto 
Salustiano Sanchez-Blazquez

Sanchez-Blazquez diiktiraf lelaki tertua di dunia apabila Jiroemon Kimura meninggal dunia 12 Jun lalu pada usia 116 tahun. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rekod Dunia Guiness awal musim panas ini, Sanchez-Blazquez yang nama gelarannya “Shorty” berkata, dia rendah diri dengan pengiktirafan yang diberikan dan berkata tidak mencapai apa-apa kejayaan istimewa hanya kerana hidup lebih lama berbanding orang lain.

Menurut Guinness, individu tertua di dunia kini ialah seorang wanita iaitu Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun. Individu tertua pernah hidup yang disahkan secara rasmi ialah Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal ketika berusia 122 tahun dan 164 hari.

Kini di Kelantan pun sudah ada orang yang berumur lebih panjang dari mereka semua iaitu berumur 160 tahun. Al-hamdulillah!(IH)

1 comment: