Monday, November 04, 2013

PRK S/Limau Penentu “Mahathirisme” -Kit Siang



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan esok.

"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya 2013."

"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar.

"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap mewakili puak pelampau yang menjadikan “kumpulan majoriti yang moderat” sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.

"Dr Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.

"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai," katanya.

Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta. - 3 November, 2013. (TMI)

Lihat lanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

No comments:

Post a Comment