KUALA LUMPUR 25 Nov. - Penaung Persatuan Karyawan Malaysia, Tan Sri
Dr. Rais Yatim dibayar RM100,000 kerana menyanyikan sebuah lagu
berjudul When I Fall In love dalam Majlis Malam Amal Warisan Seni
Karyawan di Hotel Istana di sini semalam.
Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, wang hasil
tajaan individu daripada sebuah badan koporat yang enggan didedahkan
namanya itu adalah bagi mengisi tabung kebajikan persatuan yang
dianggotai lebih 1,000 artis tempatan.
Tan Sri Rais menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Nat
King Cole yang mana ini adalah kali pertama beliau menyanyi pada majlis
anjuran Karyawan. Selain itu isteri beliau, Puan Sri Masnah Rais pula
menyanyikan sebuah lagu bertajuk Ubek Kan Denai.
Lagu persembahan isteri beliau juga dibayar RM70,000 yang kemudian
dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Karyawan. Keseluruhannya majlis
makan malam amal ini berjaya mengutip dana sebanyak RM350,000,"
katanya.
Pada majlis itu, seramai 22 artis yang kurang bernasib baik seperti
Julie Dahlan, Yazid Search, Samsuddin Lamin, Kamal Pendek, Zaiton
Sameon, Lai Meng, Pak Limra, Mimi Loma dan MY Samsudin menerima bantuan
sehingga RM5,000 setiap seorang. - UTUSAN
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Senangnya puak-puak ni buat duit, penyamun wang rakyat?
No comments:
Post a Comment