(Selamat Malam :)
Tadi dalam berita TV9, seorang wanita mendakwa hamba warga malaysia di London adiknya.
"Dia adalah adik saya. Itu dakwa seorang bekas guru berhubung kes perhambaan ke atas seorang warga Malaysia di London. Kata Kamar Mautum, adiknya yang dikenali dengan nama Aishah ke London pada tahun 1968 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur. Dan sejak itu, beliau dan keluarga tidak pernah mendengar khabar berita daripada mangsa." Sumber Berita TV9
mStar Online: Pegawai Malaysia Kemukakan Rayuan Temui Mangsa Perhambaan Di Britain
Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata pegawai-pegawainya masih belum dibenarkan untuk bertemu dengan wanita berusia 69 tahun itu. Zakaria berkata perkara itu belum dapat disahkan walaupun beberapa akhbar harian tempatan turut melaporkan latar belakang yang sama dan personaliti yang terlibat.
"Kami perlu bercakap dengan wanita ini untuk mengetahui taraf kewarganegaraannya dengan serta merta. Buat masa ini, polis tidak membenarkan kami bertemu dengannya.
"Kami amat prihatin dan akan melakukan apa saja untuk membantunya. Ini termasuk menghantarnya pulang, jika dia betul-betul rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Zakaria berkata, Suruhanjaya Tinggi tidak dapat mengesahkan taraf kewarganegaraan wanita tersebut berdasarkan laporan Freedom Charity bahawa wanita itu adalah rakyat Malaysia. Beliau menggesa sesiapa saja di Malaysia supaya tampil dengan butiran mengenai ahli keluarga mereka yang hilang selepas berhijrah ke Britain.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat lalu berkata, Wisma Putra sedang meneliti maklumat berhubung kes itu. Liputan kes itu semakin jarang didedahkan dengan polis British terus mengunci mulut mengenai usaha menyelamatkan tiga wanita termasuk seorang warga Malaysia berusia 69 tahun.
Salah seorang mangsa telah menghubungi Freedom Charity selepas menonton sebuah dokumentari TV mengenai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. Polis Metropolitan telah menahan dua individu bagi membantu siasatan kerana terlibat dengan aktiviti perhambaan domestik.
Terdahulu, The Daily Telegraph melaporkan bahawa sebuah keluarga di Malaysia telah mengesahkan bahawa wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba selama di Lambert baru-baru ini adalah ahli keluarga mereka.
The Daily Telegraph bertemu dengan seorang pesara guru, Kamar Mautum yang mendakwa kakak kepada mangsa berusia 69 tahun itu yang dikatakan hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana. Kamar menamakan mangsa sebagai kakaknya, Aishah yang disifatkannya sebagai seorang yang pintar dan belajar di salah sebuah sekolah paling elit di Malaysia sebelum mendapat biasiswa Komanwel untuk menyambung pengajian dalam bidang juruukur bahan di London.
Reuter: Seorang anggota polis mengawal sebuah rumah lokasi tempat Aishah (gambar kecil) dan dua lagi wanita dijadikan hamba sebelum diselamatkan di Brixton, England.
Kosmo!: Aishah mangsa politik komunis
LONDON - Sebuah keluarga Melayu tampil untuk memberitahu bahawa seorang wanita yang dikurung sebagai hamba selama 30 tahun di Britain merupakan saudara mereka yang hilang selepas menganggotai sebuah pergerakan komunis Mao.
Bekas guru, Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, dia percaya adik perempuannya, Siti Aishah, 69, merupakan wanita yang dipercayai dikurung oleh pemimpin pergerakan komunis era 1970-an.
Wanita itu berkata, sejak kehilangan Aishah, keluarganya dilanda sengsara.
Kamar memberitahu, Aishah pernah belajar di sebuah kolej elit di Malaysia iaitu Kolej Tunku Kurshiah, Seremban sebelum wanita itu kemudian ditawarkan biasiswa Komanwel untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur bahan di sini.
Iklan..
Minuman Daun Stevia Uncang, Ganti Gula, Untuk Diabetes.
50 uncang daun manis stevia asli berjumlah RM39, termasuk harga pos di Malaysia.
Klik gambar di bawah...
Minuman Daun Belalai Gajah Asli..
Jika ingin dapatkan dapat minuman daun belalai gajah asli..
50 uncang daun belalai gajah asli berjumlah RM90 termasuk pos di Malaysia.
Sila hubungi..
TEL 6014 222 5865 / 6011 2302 8768
1 comment:
Bukan mangsa komunis tapi mangsa kebodohan diri sendiri, Islam dah sempurna kenapa nak pilih ideologi lain. Sendiri mau ingatlah.
Post a Comment