Sunday, November 17, 2013

Restoran Temui Najis Manusia. Wanita ini Muncul Mohon Maaf.. Mengapa?

ZE AIDA menyerahkan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown di Ipoh malam kelmarin.

IPOH - Kontroversi membabitkan penyebaran maklumat palsu di laman sosial Facebook kononnya sebuah restoran nasi kandar di Ipoh diserbu pihak polis ekoran penemuan najis manusia di tempat memasak berakhir dengan kemunculan seorang gadis membuat permohonan maaf malam kelmarin.

Menggunakan nama Ze Aida, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu, dia tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey Greentown sehingga menjejaskan imej dan perniagaan restoran berkenaan.

Wanita itu mendakwa isu tersebut tercetus selepas dia menyalin status seorang pemilik akaun Facebook lain mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey ke akaun Facebook miliknya.

Status Facebook tersebut berbunyi:

 "Polis baru saja menyerbu restoran vanggey (nasi ganja) % mendapati terdapat 'najis manusia' di dalam peti simpan makanan yang dipercayai untuk salut periuk dgn tujuan ilmu penunduk (ilmu hitam)...patutlah restoren tu x penah kekeringan manusia..apa yg sdp sgt pon x tau lah..euww lah patutlah aku x berkenan!."

Selepas memuat naik status itu pada Khamis lalu, Ze Aida dari Bandar Lahat Baru, Lahat di sini berkata, ada pihak lain telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkan maklumat itu secara meluas menerusi telefon pintar dan internet.

Penyebaran maklumat palsu itu menyebabkan pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey menuntut Ze Aida, seorang graduan ijazah, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak restoran sambil disaksikan wakil media.

Majlis permohonan maaf tersebut diadakan pada sidang akhbar di restoran itu pukul 10.30 malam kelmarin. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada satu kisah, sebuah gerai sate terlalu laris jualannya, menyaingi gerai-gerai lain disekitarnya. Tiba-tiba datang seseorang  membawa beberapa ekor kucing yang sudah disembelih ke kedai tersebut di tengah-tengah keramain dan kesibukan pelanggan-pelanggannya. 

"Nah! ini dia kucing yang engkau pesan untuk sate itu!" Katanya kepada tuan kedai, dihadapai pelanggan-pelanggan. 

Hal ini memberi kesan buruk kepada perniagaan itu. Apakah hal ini sama tujuan dengan cerita di atas tadi?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails