Friday, November 29, 2013

Siasat 'Raja Cicak' Serbu Permis Hidupan Liar -DAP

 
Dr Ong Kian Ming menunjukkan gambar di pusat perlindungan reptilia di Teluk Bahang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 29 November, 2013



DAP mendesak penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pendedahan media asing berhubung kegiatan Raja Cicak Anson Wong walaupun selepas Perhilitian merampas 50 hidupan liar di pusat perlindungan reptilia miliknya di Teluk Bahang.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata selepas Anson ditangkap pada 2010, komputer riba dan tiga telefon bimbitnya dirampas dan peranti berkenaan mungkin banyak mengandungi maklumat penting berhubung penyeludupan hidupan liar yang berkaitan dengan Perhilitan.

"Perhilitan mendakwa semua lesen hidupan liar milik Anson dan isterinya, Cheah Bing Shee dibatalkan pada 2010 namun syarikat seperti Sungai Rusa Wildlife, CBS Wildlife dan Bukit Jambul Reptile Sanctuary masih beroperasi.
"Jika Perhilitan dan kementerian serius menghentikan penyeludupan hidupan liar Anson dan isterinya, mengapa tidak menggunakan kuasa mereka di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 bagi memeriksa permis milik Anson dan isterinya untuk memastikan ada hidupan liar di sana atau tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Program Timur 101 disiarkan Al-Jazeera pada minggu lalu bertajuk "The Return or the Lizard King" membangkitkan pelbagai isu serius yang perlu mendapat perhatian kerajaan. – 29 November, 2013. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails