Saturday, November 09, 2013

Stevia, Kalau Diusahakan Di Malaysia.. -Mardi

By HMH HERBA

TIMBUL persoalan, apakah ada potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gula?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi Dan Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula. Tapi, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter.
“Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti atau kegemukan.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi Dan Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.
Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini. Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.
“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.
“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.
Kesimpulan: Walaupun diragui potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini, yang boleh dijadikan industri bahan pengganti gula... Namun jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba..  Atau dijadikan makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan.. terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti atau kegemukan yang menyerang Malaysia masakini..

Maka ianya suatu peluang baik untuk berbakti kepada Agama dan negara supaya rakyat jadi sihat.. Juga dapat membantu kewujudan asahawan-usahawan tempatan supaya bukan sahaja sihat badan, tetapi juga sihat ekonominya...

Bersambung.. Insya Allah!

4 comments:

XUMNO said...

Mardi tidak perlu menumpukan penanaman Stevia semata2 untuk industri; yang penting ialah menyebarluaskan penanaman pokok ini di kalangan rakyat negara ni sebagai usaha dua mata iaitu mengurangkan beban kos hidup dan mengurangkan kes penyakit diabetes di negara ini. Herba Stevia boleh ditanam dalam pasu dan tanah2 lapang baik di desa maupun di taman2 perumahan. Disyorkan Mardi menggiatkan usaha pengagihan anak2 pokok Stevia secara percuma atau menjualnya dengan murah ke seluruh pelusuk tanah air melalui persatuan2 peladang dan pasar2 tani.

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah! Terima kasih. Komen yang cukup baik.

Anonymous said...

Ini pandangan negatif ..aku minum Steria tapi harga sampai seratus lebih sebulan terlampau mahal lama kelamaan berhenti kerana mahal kenapa wakil mandi kata murah? Sungguh pelik.promosi pada rakyat dan bina teknologi pemprosesan ...ramai pakai harga naik jadi industri..bayangkan harga gula turun...siapa yang rugi? Tokey gula siapa....ya...

ProphetKetosis said...

Tokey gula adalah Felda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails