Monday, November 25, 2013

Takraw K'tan: Tutup Aurat, Takde Masalah Pun!



SUKAN
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi merintis pembaharuan, dan kali ini dalam sukan sepak takraw di mana pemain perlu mematuhi peraturan menutup aurat dengan memakai sarung kaki.

Peraturan tersebut diperkenalkan sempena Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Piala Timbalan Menteri Besar Kelantan dianjurkan Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-Bes).

Pengarahnya, Abdul Aziz Yunus berkata, pemain telah dimaklumkan lebih awal peraturan tersebut sebagai syarat penyertaan.

Katanya, sehingga kini 36 regu dari negara-negara Asean termasuk Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura akan menyertai kejohanan tersebut.

Selain itu turut disertai Skuad Malaysia Junior, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan pasukan U-Bes.

“Kejohanan tersebut julung kali diadakan menekankan konsep ‘yang menang menghormati yang kalah’,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah U-Bes, Mohd Ridza Zain dan Pengerusi Akademik Sepak Takraw Kelantan, Mohd Din Ismail.

Kejohanan sepak takraw Piala Timbalan Menteri Besar peringkat negeri sebenarnya bermula pada 2005.

Bagaimanapun tahun ini diperluaskan ke peringkat antarabangsa dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.

Kejohanan berkenaan akan diadakan pada 29 November sehingga 1 Disember ini bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

Perasmian penutup dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Syabas! Kelantan boleh buktikan bersukan tiada masalah kalau nak ikut Islam, terutama dari sudut aurat.. Takde masalah pun! Akan berkembang kepada sukan yang lain, seperti berenang dan lain-lain, insya Allah!

Lihat perbandingan di bawah ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails