Monday, November 25, 2013

Tarian Erotis Pole Dance Mulai Menyerang Remaja..

Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 
Sejumlah wanita muda mengikuti latihan pole dance di Junko Akademi, Kemang Raya, Jakarta, Rabu (20/11). Pole dance atau menari dengan mengandalkan pada sebuah tiang ini tengah menjadi salah satu dance yang digemari kaum wanita di kota metropolitan Jakarta. 

TARIAN erotis pole dance mulai digemari wanita muda ibu kota negara umat Islam terbesar di dunia, Indonesia.  Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta.
Lihat gambar-gambar di sini.. 
Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 

Tarian yang mengutamakan kelenturan tubuh pada sebuah tiang ini juga mulai dijadikan gaya hidup wanita di Jakarta. 

Begitu juga di Malaysia. Orang Islam atau orang bukan Islam di dalam negara ramai umat Islam wajib tahu serba-sikit hukum dan perundangan Islam. Contohnya hukum wanita menari di hadapan lelaki ajnabi  atau yang bukan mahramnya.

Apa hukum wanita menari di hadapan lelaki ajnabi  atau yang bukan mahramnya.

Sedikit huraian ringkas.

Satu:  
Sebahagian ulama berpendapat tarian adalah harus(melihat kepada syarat-syarat tertentu).Sebahagian ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Fawrani rahimahullah dan lain-lain berpendapat ianya adalah harus secara umumnya.Manakala al-Imam Haramain rahimahullah menerangkan dengan lebih terperinci hukum berkenaan perkara ini. Beliau mengatakan membanyakkan tarian sehingga boleh menjatuhkan maruah maka hukumnya adalah haram jika sebaliknya maka tiadalah mengapa.

Al-Imam al-Rafi’e dan Ibn Abi al-Dam rahimahumallah juga berpendapat sedemikian. Sebahagian ulama bermazhab Syafie yang lain berpendapat mengatakan: Jika tarian ini semata-mata untuk bergembira dan berseronok maka hukumnya adalah haram .Jika tarian yang dilakukan oleh golongan lelaki ini tiada niat untuk bergembira sedemikian(seperti tarian perang dan lain-lain) maka hukumnya adalah harus.

Dua: 
Sebahagian para ulama berpendapat hukum tarian adalah haram secara mutlak.Ini adalah seperti yang dipegang oleh para ulama bermazhab Hanafi, sebahagian ulama bermazhab Syafie,dan Hambali rahimahumullah. Kata al-Imam Ibn Abidin rahimahullah: Jika seseorang tersebut menghalalkan tarian,sebahagian ulama menghukumkan orang tersebut sebagai kafir. Beliau menyebutkan lagi bahawa : Aku telah melihat Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikhul Islam al-Karmani rahimahullah bahawa golongan yang menghalalkan tarian sebegini adalah kafir.

Tiga
Sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie dan Jumhur ulama Hambali berpendapat bahawa hukum tarian adalah makruh.

Empat:
Sebahagian para ulama membezakan hukum tarian bagi golongan Sufi dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa tarian yang dilakukan oleh golongan sufi adalah harus manakala golongan yang selain daripada sufi adalah makruh melakukan tarian.

Ini adalah pendapat para ulama berkenaan perkara ini. Perlu untuk saya tegaskan sekali lagi,ini adalah hukum untuk golongan lelaki sahaja. Bukan wanita. Jika kita menilai dengan baik, tentu kita akan terfikir,jika hukum untuk golongan lelaki pun masih terdapat khilaf yang pelbagai dikalangan para ulama, apatah lagi jika tarian tersebut dilakukan oleh golongan wanita?

Berdasarkan rujukan daripada kitab-kitab para ulama, iada pula dibezakan antara tarian kanak-kanak perempuan dengan wanita yang dewasa. Malah para ulama membahaskan pula hukum membuat pusat tarian. Menurut Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris hafizahullah jika kita melihat secara terperinci maka hukum berkenaan wanita yang menari adalah haram. Maka jika dibuat pusat untuk latihan tarian bagi wanita juga adalah haram.

Kesimpulan:

Tidak menjadi masalah jika wanita menari sesama wanita. Ini jika kita dapat pastikan bahawa tiada lelaki yang ajnabi melihat mereka. Jika terdapat lelaki yang ajnabi melihat mereka maka hukumnya sudah jelas lagi bersuluh. Sesiapa yang terang mata hatinya tidak perlu lagi diulas berkali-kali tentag perkara ini.

Jika sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian ingin melihat dengan lebih lanjut. Bolehlah merujuk kepada Fatwa bernombor 619 yang dikeluarkan oleh Darul Ifta al-Misriyyah di dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyaha. Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Syiekh Abdul Majid Salim rahimahullah pada bulan Ramadhan 1362 hijriyah. Malah kata Syeikh Abdul Majid Salim rahimahullah: Sesiapa yang redha dengan perkara maksiat maka dia juga dikira melakukan perkara maksiat tersebut.

Rujukan:
1. موقف الشريعة الإسلامية من الرقص للدكتور عبد الفتاح محمود إدريس cetakan kedua 1998
2. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Dr Wahbah Zuhaili jilid 4 cetakan Darul Fikr
3.Faidhul Qadir oleh al-Imam Manawi rahimahullah jilid 4 cetakan Darul Kutub Ilmiyah.

1 comment:

Anonymous said...

kut ye pun nak naikkan rating blog... xyah la post isu2 mcm ni.. dah macam blog lucah aku tengok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails