Shahrizat: 'Kita menang dalam kalah'
"Walaupun
kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan
drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil.
"Saya
nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini
kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya
kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang
lalu.
"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.
Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya. (MK)
Lihatlanjut..
E-Buku IH-79: PRK Sg Limau Kedah

No comments:
Post a Comment