Saturday, November 16, 2013

Wanita Filipina Ini, Hatinya Tertambat Pada Islam

MAJLIS pengislaman Daisyrey Nagorite Mondido yang telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislaman di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara. (Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said)

MUKIM LUMAPAS, Jumaat, 15 November 2013: Seorang wanita berbangsa Filipina yang bekerja di salah sebuah restoran terkemuka di Gadong tertambat hati untuk memeluk agama Islam sebagai pegangan hidupnya.

Majlis Pengislaman Daisyrey Nagorite Mondido yang telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislaman di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Brunei dan Muara berlangsung di rumah kediaman Ketua Kampung Lupak Luas, Awang Haji Suhaili bin Haji Mokhtar, di sini.

Daisyrey Nagorite Mondido , 29, telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Siti Norsuliza Mondido binti Abdullah. Hadir selaku tetamu pada majlis itu ialah Penghulu Mukim Lumapas, Awang Haji Bakar bin Mansor yang juga menyampaikan cenderahati kepada saudara baru yang diraikan itu.

Pada majlis tersebut, turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan. Selepas Majlis Pengislaman tersebut, Dayang Siti Norsuliza ketika ditemui wakil PELITA BRUNEI merasa terharu dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Majlis Pengislamannya berjalan dengan lancar dan sempurna.

"Keinginan dan niat untuk menganuti agama Islam ini sebenarnya sudah lama saya pendamkan dan baru kini ianya tercapai, saya berhasrat untuk terus mendalami ugama Islam ini dengan mempelajari pelbagai bidang-bidang agama termasuk sembahyang dan sebagainya," jelasnya yang sudah dua tahun menetap dan bekerja di Negara Brunei Darussalam. (Pelita Brinei)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails