Jamil serah pada Jabatan Agama Islam negeri tahan Mat Sabu
Menteri
di Jabatan Perdanan Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata
beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah
susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.
"Itu (soal penahanan) kita serah kepada (Jabatan Agama Islam) negeri," katanya dalam sidang medianya hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan 10 bukti yang mendakwa Mohamad yang didakwa terlibat dengan fahaman Syiah. Mohamad bagaimanapun menafikannya.
Kelmarin Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan antaranya Mohamad pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005 pada satu sesi ceramah PAS di Arau, Perlis.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.
Kata Abdul Rahim lagi, Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
Ditanya berhubung tindakan pihaknya selepas KDN mendedahkan bukti tersebut, Jamil berkata beliau akan berbincang lanjut dengan kementerian itu.
"Itu kita bincang dengan KDN nanti... Ketua pengarah Jakim keluar sudah keluar kenyataan semalam," kata Jamil Khir ringkas.
Semalam, Datuk Othman Mustapha dilapor menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
Diminta mengulas cadangan penubuhan polis syariah untuk membanteras ajaran sesat dan fahaman Syiah, Jamil berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi secepat mungkin.
Jamil yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno juga mengalu-alukan cadangan daripada Zahid.
"Kita amat mengalu-alukan supaya hal-hal syariah ini, akan ada satu kelompok yang lebih memberi tumpuan kepada tindakan-tindakannya.
"Kita akan melihat penubuhannya secepat mungkin untuk membantu Majlis Agama Islam untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.
Menurut lagi, polis syariah ini akan diletakkan bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam negeri berdasarkan peruntukan Jadual 9 perlembagaan negara.
"Kita hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat. Ini kita tidak boleh kacau hak dan milik kuasa bawah kerajaan negeri," katanya. (MK)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
(Untuk Dapatkan, klik gambar)

Rasa tuduhan ni agak berat jgk....macam menuduh org da murtad ja.....apa2 kalau die betul2 tak salah tak perlu takut..
ReplyDeleteDulu abe Mat dikatakan penyokong PKM, lepas tu pulak pengikut amalan syiah, menjelang 2014 nanti abe mat dikatakan murtad pulak..sama2lah kita nantikan episod seterusnya..
ReplyDelete