Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai disebabkan artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Akhbar mingguan tersebut diberikan surat tunjuk sebab minggu lepas dan Ketua Pengarang David Lee Boon Siew turut dipanggil KDN ke Putrajaya dan diminta untuk melembutkan berita mereka.
The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh ertikel bertajuk “All eyes on big spending Najib” yang diterbitkan dalam isu 23-29 November.
Dipercayai, penerbitnya HCK Media diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan. – 19 Disember, 2013. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
No comments:
Post a Comment