Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) akan mendedahkan bukti-bukti untuk menyokong tuduhan beliau baru-baru ini bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan membuat pengumuman istimewa di Kuala Lumpur pada jam 3 petang hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "ia terutamanya tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".
Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan memberi kenyataan lanjut.
Ahmad Zahid dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lepas mendakwa orang nombor dua PAS terlibat menganut fahaman Syiah.
Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengatakan beliau tidak pasti siapakah yang dimaksudkan Zahid kerana orang nombor dua dalam parti Islam itu adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
Mat Sabu juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Ahmad Zahid.
Sementara itu, Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, di mana penganut mazhab Sunnah tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar dari Islam. Demikian pandangan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya.
Beliau juga berpendapat jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
“Kita perlu berwaspada dalam hal ini. Kita bimbang perbuatan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada campur tangan Barat yang ingin melihat perpecahan umat Islam. Malah ada yang mengatakan agenda melagakan Syiah dan Sunni ini sudah lama dipasang pihak tertentu,” kata Mohamad. (IH)
Iklan
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
3 comments:
Semmgnya syiah bukan satu mazhab tp satu agama yg tersendiri, dan agama itu bukanlah agama Islam tetapi agama syiah. Mempertahankan syiah seolah olah mempertahankan kekufurannya, sgt merbahaya bg aqidah kita sendiri. Jika kpd yg zalim dilarang cenderung, apatah lg mempertahankan yg kufur.
apa susah2. istiharkan saja syiah ni bukan islam spt bahai. ada berani ka?
Cer tengok kenyataan sabry chek yg sangat dan terlalu mendewa2kan syiah dan khomaini. Jadi si zahid ni mesti siasat dan tangkap sabry chek. Cer tengok tulisan sabry chek...jelas sabry chek syiah tegar.
Post a Comment