Tuesday, December 17, 2013

Azean Irdawaty Meninggal Dunia



Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty (gambar), 63 tahun meninggal dunia sebentar tadi, jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor setelah lima tahun menderita penyakit tumor dan lymphedema.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat. – 17 Disember, 2013. (TMI)

IKLAN

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA. Agent : Selangor - Badli-0175464055, (Bakhtiar) 0183968580, (Man) -01 111281452Kedah, (Norriehan) 0175278832, Pahang (Roslan)0132132967

No comments:

Post a Comment