Friday, December 27, 2013

Bantah Bangladesh Gantung Abdul Quader Mullah.


KUALA LUMPUR:  Kesal dengan tindakan regim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina menggantung sampai mati Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar), PAS serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Jalan U-Thant, dekat sini, petang ini.

Lebih 500 orang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan selepas menunaikan solat Jumaat. Mereka menyanyikan lagu rasmi PAS dan melaungkan slogan 'Hidup Islam', 'Hancur Kerajaan Zalim Bangladesh' sebelum pimpinan utama masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Selain Mohamad Sabu, turut masuk bertemu wakil kedutaan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmod, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, wakil PKR  dan Abim.

Mohamad Sabu ketika berucap kesal kerana wujud kecenderungan di peringkat antarabangsa untuk menghalang parti Islam membentuk kerajaan melalui proses demokrasi.

Di Malaysia, PAS katanya tegas menyokong demokrasi dan hanya akan mengambil alih kerajaan melalui pilihan raya.

"Ada trend sekarang ini untuk menghalang parti Islam menuju demokrasi. Di Bangladeh, selain seorang dihukum gantung sampai mati, enam orang turut menunggu hukuman yang sama dan pemuda-pemudanya dipenjarakan beramai-ramai," katanya.
"Soal hak asasi adalah perkara sejagat dan kita membantah kerajaan yang zalim.
"Di Malaysia juga PAS tegas ingin ambil kerajaan melalui demokrasi dan pilihan raya," katanya.

Himpunan aman itu berakhir jam 3.30 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad. (HD)

IKLAN Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
W/Persekutuan: Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya) Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee) 
Selangor: Badli-0175464055 (Ampang), Man -01 111281452 (Selayang) 
Kedah: Norriehan 0175278832 (Alor Star), 
Pahang: Roslan 0132132967 (Temerloh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails