Bila harimau ingatkan kambing bahaya serigala
SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu.
Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama
Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun
tidak kurang menipu berbanding Syiah. Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk
kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk
membelakangi syariat agama tersebut?
Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid
yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH
SWT? Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah ALLAH yang
sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang
berlainan di dalam dan di luar masjid?
Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri
akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di
dalam banyak penulisan.
Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam
tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah
tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba
berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.
Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi
sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada
daging mangsa. Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar
umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar
wujud di negara ini.
Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah
menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa
lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan
sekalipun mata tidak buta.
Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung.
Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan
anai-anai? Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi
boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan.
Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru
kepada semangat kebangsaan.
Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai
bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda
Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada
Islam. Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu,
campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa
manfaat itu.
Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah
dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari
pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang
berpura-pura baik.
Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin
diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan.
Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak
perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan
sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat. Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.
Sekian, wassalam.
Yang benar,
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajaran Asobiayah juga, sesat.
4 comments:
Walau semuanya mengaku Sunnah, ideologi ideologi liberal, syiah, khawarij, muktazilah dan wahabi juga hendaklah dibuang dr pemikiran kita semua. Ilmu dan kefahaman ttg pegangan AhlusSunnah wal Jama'ah hendaklah dipelajari semua agar kita semua terselamat dr segala bentuk kesesatan. Mudah mudahan Alah swt memberi petunjuk dan bimbingan utk kita menjalani hidup di atas jln Kebenaran.
ikutlaaa ckp nik ajis tu ... bkn nyer nk menyatukan ummah ..nak memecahbelahkan ada laa ..adoiii laa punah pemimpian yg mengaku islam mcm ni ..
Pihak kerajaan tak perlu menangkap pemimpin PAS yg disyaki menganut fahaman syiah kerana PAS boelh menerima sesiapa saja yg nk jd ahli termasuk syaitan .. so x yah susah2 hua hua huaaa ... punohhhhhhhhhh PAS
3 amon di atas orang yang sama, tak reti agama. bengong!
Post a Comment