Ketua Wanita Umno Kubang Kerian Datuk Zaleha Husin hari ini mencadangkan agar Umno bergabung dengan PAS bagi memastikan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini terus terjamin.
Zaleha ketika berucap menyokong usul pendidikan agama dan sosial bagaimanapun khuatir dengan keikhlasan PAS, kerana parti Islam itu mudah berubah fikiran apabila ditegur rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti DAP.
"Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan PAS untuk bermuzakarah. Sudah sampai masanya PAS dan Umno bergabung kerana kita tiada masa. Kalau Umno dan PAS bergabung, tidak mustahil negara ini tidak akan hilang ditelan zaman.
"Muzakarah ini perlu dijadikan agenda utama. PAS ni saya bimbang suka
bersandiwara. Pelakon merak kayangan yang hebat," katanya, dan
menambah,"Kalau dia nak muzakarah, DAP tarik telinga dia sikit dia jadi
lain."
PAS dan Umno jelas Zaleha ketika membahaskan usul dalam Persidangan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur adalah ibarat sebuah bangunan kukuh yang akan runtuh jika kedua-duanya tidak disatukan.
"Antara kita dan PAS sebenarnya ibarat satu bangunan, takkan runtuh bangunan itu. Kalau tiada kerjasama erat, tidak mustahil ia akan runtuh suatu hari nanti," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pejuang sebenar Islam di Malaysia adalah Umno kerana berupaya membangunkan sistem kewangan tanpa riba, berbanding PAS yang hanya diterjemahkan melalui cara berpakaian.
"PAS ni tidak lebih daripada mengiklankan pakaian. Bila sebut PAS, dengan serban besar, kain tudung labuh sampai lutut.
Demikan sedutan dari The Malaysian Insider.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awal-awal lagi tunjuk mulut capoi, hina hijab dan serban ("dengan serban besar, kain tudung labuh sampai lutut"). Itu contoh kecil, nak gabung macam mana?
PAS ni tidak lebih daripada mengiklankan pakaian. Bila sebut PAS, dengan serban besar, kain tudung labuh sampai lutut. Saya tak rasa dia hina pakaian Islam tapi mungkin dia cuba menyindir PAS. Tapi yang saya tak berkenan ayat ni "Kalau dia nak muzakarah, DAP tarik telinga dia sikit dia jadi lain." dia ingat PAS ni apa kuda tunggangan DAP ke. Saya dah agak dah kalau sebut muzakarah atau seangkatannya mesti UMNO nak cuba bersatu dengan PAS perkara ni PAS mesti tegaskan bahawa muzakarah dan seangkatannya adalah untuk bincvangkan hudud bukannya kerajaan perpaduan.
ReplyDelete