Sunday, December 08, 2013

Cantas Comango (54 NGO), UMNO Ada Kuasa?


Perwakilan Perlis, Ramli Shariff mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan memperluaskan Ops Cantas terhadap Gabungan NGO Comango yang memperjuang hak kebebasan beragama dan Lesbian, Biseksual, Gay dan Trangender (LGBT) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Membahaskan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno, Ramli mendakwa kumpulan itu didakwanya mewakili Malaysia sewaktu mengemukakan tuntutan "songsang" sedangkan, tegasnya, kerajaan tidak pernah memberi mandat kepada mereka berbuat demikian.

Comango terdiri daripada gabungan 54 NGO hak asasi dan Ops Cantas diperkenalkan untuk membanteras jenayah di negara ini.

"Siapa yang beri (mereka) mandat. Hanya 12 sahaja NGO yang berdaftar, bakinya statusnya haram.
"Perlis mencadangkan operasi 'Ops Cantas' diperluaskan kepada kumpulan ini. Kalau perlu cantas, cantaslah... Ini kepakaran naib presiden untuk mencantas," katanya sambil merujuk ucapannya itu kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa pembangkang menghantar kumpulan tersebut ke badan dunia itu untuk menjahanamkan Malaysia. Sebaliknya, beliau memuji tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno menghantar komando ke Lahad Datu untuk menghapuskan musuh negara. Ramli berkata tuntutan yang dibawa oleh gabungan NGO itu bertentangan dengan perlembagaan dan keperluan rakyat Malaysia.

"Keperluan rakyat kita tidak sama dengan (negara) lain. Mana mungkin kita menerimanya (sebagai) 'universal standard'.
"Saya rasa agama lain tidak boleh menerima ajaran songsang... Tidak boleh menerima secara total," katanya.

Sebelum itu, Perwakilan Kelantan Ahmad Termizi Musa menyeru parti supaya membuka pintu untuk menarik para alim ulama, guru pondok, mubaligh dan pendokong Islam berada dalam semua peringkat kepimpinan bagi memperkasakan parti.

"Jangan menutup pintu kepada pendokong agama untuk menyertai parti kita. Tranformasi yang dibawa oleh perdana menteri telah menggusarkan pihak sebelah sana.
"Mereka bimbang, takut kalah dan ditolak rakyat (dalam pilihan raya)," katanya.
"Umno lawan PAS bukan kerana nama, warna, kebencian dan dendam, tetapi berlawan dengan PAS kerana jihad untuk menyelamatkan umat dan menegakkan syariah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Membahas usul berkaitan pendidikan, Ahmad Termizi mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya memperbanyakkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri itu ekoran permintaan yang meningkat.

Menurutnya kekurangan kokosongan untuk menampung lebih 5,000 permohonan, menyebabkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama (SMA) di bawah kerajaan negeri. Setakat ini terdapat enam SMKA di Kelantan dan dicadangkan ditambah menjadi 14 lagi.

"Kita amat bimbang sekolah menengah agama negeri, pelajar ditarbiyah, dididik, diasuh dan ditanam nilai untuk kepentingan mereka.
"Sebab itu mereka boleh kekal 23 tahun," katanya sambil mendakwa terdapat pelajar SMA yang melakukan aktiviti kepartian melibat PAS di negeri itu. (MK)

 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amalan Seks Songsang LGBTIQ. COMANGO adalah jelas merupakan sebuah gabungan NGO yang mempromosikan budaya seks songsang.
Di dalam tuntutan mereka di UNHRC untuk proses semakan UPR (para 6.1), COMANGO mengatakan:
Malaysia refuses to recognise SOGI rights.
SOGI adalah identiti jantina dan orientasi seksual (sexual orientation and gender identity). Ini bermakna COMANGO ingin memaksa ke atas kerajaan Malaysia supaya menerima hak orang untuk melakukan amalan seks songsang lesbian dan gay.

Malah dalam para 6.6, COMANGO membuat cadangan kepada UNHRC mendakwa pihak penguatkuasa yang menangkap pelaku seks songsang sebegini didakwa! Amalan-amalan seks songsang ini mereka sebut sebagai LGBTIQ. Kita mungkin sudah maklum makna untuk abjad L, G, B dan T. Tetapi ditambah lagi dua lagi “I” dan “Q”. “Q” ini untuk apa? Untuk maksud “queer”.

Bermakna bukan sahaja amalan seks itu songsang tetapi termasuk yang pelik-pelik yakni hatta dilakukan dengan binatang haiwan sekali pun. Beginilah tuntutan puak-puak COMANGO. Mereka turut mendesak untuk UNHRC agar Malaysia mengugurkan jenayah “penal code S377A” berhubung amalan seks liwat. COMANGO mahu jenayah Liwat Dihalalkan.

UMNO ada kuasa mengapa masih berdiam diri mencegahnya?

yogyakarta-principles
Prinsip-prinsip Yogyakarta adalah satu perisytiharan aktivis-akvitis songsang norma yang mahu dipaksa ke atas Tanah Air kita yang berdaulat
Mereka juga menuntut supaya Malaysia meminda semua undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (PY). Apa yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip yang dimeterai di bandar Jogjakarta itu?
The Yogyakarta Principles address a broad range of international human rights standards and their application to issues of sexual orientation and gender identity (SOGI).
Sekali lagi mereka menuntut kerajaan membenarkan amalan seks songsang. Apakah pentingnya PY ini? Ianya bukan ditanda-tangani oleh mana-mana negara. Kenapa hendak dipaksakan ke atas Tanah Air kita yang berdaulat? PY hanya sekadar perhimpuan dan persetujuan beberapa aktivis songsang yang memperjuangkan agenda sesat untuk membenar amalan kaum yang Allah telah laknatkan seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran.

UMNO ada kuasa mengapa masih berdiam diri mencegahnya?  (IH)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

No comments:

Post a Comment