PAS Pulau Pinang mungkin dapat ketua baru
Langkah
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kepimpinan negeri
tanpa menamakan mana-mana pihak di Pulau Pinang mewujudkan kemungkinan
pesuruhjaya negeri baru sedang dipertimbangkan.Pertukaran itu dilihat berpotensi tinggi selepas kenyataan tegas PAS negeri sebelum itu yang mahu menyemak semula hubungannnya dalam Pakatan Rakyat, terutamanya di negeri Pulau Mutiara itu.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) ketika dihubungi berkata, keputusan sama ada mengekalkan pesuruhjaya sedia ada Datuk Salleh Man hanya akan dibuat dalam masa dua minggu daripada sekarang.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun memilih berahsia buat masa ini berhubung keputusan itu.
"Mungkin ada rombakan tetapi kami juga tidak pasti kerana ia keputusan presiden," kata Mohamad.
Salleh pula ketika dihubungi berkata: "Mungkin parti masih mencari pihak yang terbaik (sebagai pesuruhjaya)". (MK)
No comments:
Post a Comment