Situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara ...
Menurut beliau, penyertaan ahli dan pimpinan Muslimat di semua peringkat amat penting sebagai tanda bantahan terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Bangladesh terhadap umat Islam di negara tersebut.
Katanya, nyawa umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Bangladesh tanpa ada belas dan sifat keperikemanusiaan. Beliau menegaskan, tindakan zalim itu merupakan pencabulan hak asasi yang diluar perikemanusiaan dan harus ditentang oleh seluruh umat dunia secara habis-habisan.
"Saya menyeru dan berharap ahli dan Muslimat seluruh negara di semua peringkat cawangan, kawasan dan negeri turun beramai-ramai pada hari Jumaat di kedutaan Bangladesh," katanya.
Tegas beliau ia sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman di Bangladesh dan umat Islam tidak boleh diperkotak katikkan. Beliau berkata, sebelum ini seluruh dunia dikejutkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah.
Tindakan itu tegas beliau menunjukkan kerajaan Bangladesh tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat khususnya Jamaat-e-Islami.
Sementara itu,Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli PAS serta rakyat Malaysia menyertai himpunan aman dan serahan memorandum membantah kezaliman kerajaan Bangladesh di hadapan kedutaan tersebut, Jumaat, 27 Disember esok. (IH/HD)
Lihat sebelum ini..
Forum Usahawan 1
No comments:
Post a Comment