Friday, December 06, 2013

Hakim Negeri Berlaku Curang Dengan Hakim Syariat..


Hakim pengadilan negeri selingkuh dengan hakim pengadilan agama

Komisi Yudisial (KY) telah membentuk tim panel untuk menyiasat tuduhan curang atau perselingkuhan antara hakim berinisial ES pegawai kerajaan di Mahkamah Negeri Muara Tebo, dengan MT pegawai di Mahkamah Agama (Syariat), Muara Tebo, Jambi, Indonesia.

"KY sudah membentuk tim panel dan tenaga ahli yang ditugaskan untuk menangani kes perselingkuhan antara hakim di Tebo, Jambi," kata Komisioner KY Imam Anshori Saleh, di Jakarta, Khamis (5/12).

Menurut Imam, Badan Pengawas Mahkamah Agung telah menyerahkan penangani kes itu kepada KY kerana tergolong perilaku murni.

"Saya sudah mendapat laporan dari Kepala Biro Pengawasan KY bahawa Bawas MA menyerahkan penangani kes itu sepenuhnya kepada KY. Kerana itu menyangkut perilaku murni maka penanganinya dilakukan KY. Kalau menyangkut teknik yudisial menjadi ranah MA. Ada kesepakatan pembagian kewenangan seperti itu meskipun tidak tertulis," katanya dikutip Antara.

Imam mengatakan KY pada tahap awal akan segera memanggil pelapor dan saksi-saksi. "Kalau terbukti (selingkuh) rekomendasi pemberhentian tetap, kerana perselingkuhan itu tergolong pelanggaran berat," kata Imam.

Sebelumnya, HR melaporkan isterinya, ES, selingkuh dengan oknum hakim di Mahkamah Agama (PA) Tebo, berinisial MT pada Sabtu (30/11).

Atas kejadian ini, Pengadilan Tinggi Jambi telah menarik Hakim ES dari Mahkamah Negeri Muara Tebo.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Hakim dengan hakim pun boleh berlaku curang, apalagi hakim di Mahkamah Syariat atau mahkamah agama. Kerana itulah Allah SWT anugerahkan hukum Hudud untuk dilaksanakan bagi kesejahteraan umat. Wallahu 'aklam!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails