HALAMAN HIBURAN
HATINYA terbuka untuk berhijrah sebaik saja selesai menjalani tempoh
berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember tahun
lalu. Bagi pelakon muda berbakat besar, Amanda Misbun, 24, dia nekad
bertudung kerana percaya sudah sampai masanya dia menunaikan
kewajipannya sebagai wanita Islam.
“Terus terang, saya bertudung dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa.
“Saya sudah tidak boleh menidakkan perintah agama selepas kehidupan saya kini lengkap bergelar isteri dan memiliki cahaya mata.
“Saya bersyukur, suami, Hairulzain Fauzi, 29, dan anggota
keluarga termasuk kakak, Haliza serta orang di sekeliling yang rapat
memberi sokongan positif pada penghijrahan ini,” katanya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.
No comments:
Post a Comment