Friday, December 06, 2013

Hijrah, Tunaikan Kewajipan Sebagai Wanita Islam.

 HALAMAN HIBURAN

HATINYA  terbuka untuk berhijrah sebaik saja selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Disember tahun lalu. Bagi pelakon muda berbakat besar, Amanda Misbun, 24, dia nekad bertudung kerana percaya sudah sampai masanya dia menunaikan kewajipannya sebagai wanita Islam.

“Terus terang, saya bertudung dengan kerelaan hati tanpa paksaan daripada sesiapa.
“Saya sudah tidak boleh menidakkan perintah agama selepas kehidupan saya kini lengkap bergelar isteri dan memiliki cahaya mata.
“Saya bersyukur, suami, Hairulzain Fauzi, 29, dan anggota keluarga termasuk kakak, Haliza serta orang di sekeliling yang rapat memberi sokongan positif pada penghijrahan ini,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Al-hamdulillah.

No comments:

Post a Comment