IKLAN mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.
Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di belakang keretanya.
Stesen televisyen ABC News melaporkan, Alexander Gorbunov memaparkan iklan berbunyi “Saya mencari calon isteri” pada kadbod kuning yang dilekatkan di belakang kereta BMW miliknya. Dia juga melakukan perkara sama di belakang kenderaan merk Hummernya.
Gorbunov berkata, cara itu cukup berkesan. Dia memperoleh kira-kira
500 mesej pesanan ringkas di telefon bimbitnya, selain menerima sekitar
250 panggilan setiap hari.
Malah, panggilan bukan saja diterimanya dari Amerika, tetapi juga
dari Perancis, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland dan pelbagai negara
lain.
Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.
Walaupun mempunyai ramai kenalan di Internet, tetapi Gorbunov lebih gemar untuk bertemu dan berkenalan dengan calon isterinya secara empat mata.
Gorbunov juga agak memilih untuk mencari calon isteri yang bersesuaian kerana dia tidak akan melayan wanita yang menghubunginya semata-mata untuk bertanya mengenai harta yang dimilikinya. Tidak kurang juga ada golongan gay atau lelaki yang menghubunginya untuk menawarkan bekas isteri mereka kepadanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment