Monday, December 09, 2013

Ini, 13 Tentera Bot Hilang Ditemui..


Pelatih komando, jurulatih ditemui selamat
MELAKA: Semua 13 anggota tentera dari Kem Sungai Udang, di sini yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki hilang akibat dipukul ribut di perairan Melaka kelmarin ditemui dalam keadaan selamat awal pagi tadi.
Semua 11 pelatih komando bersama dua jurulatih yang hilang lebih 28 jam itu ditemui orang awam terdampar di pesisir Pantai Puteri, di sini bersama bot yang dinaiki kira-kira jam 1.19 pagi.


Katanya, semua mangsa yang tidak mengalami kecederaan terbaring dalam keadaan keletihan dengan wajah yang kehitaman berhampiran bot mereka.

"Mereka menyatakan bot dinaiki mereka terbalik dan hanyut menghampiri perairan antarabangsa. Mereka kemudian terbalikkan bot dan cuba menghidupkan enjin tetapi gagal.
"Mereka memaklumkan terpaksa mendayung menggunakan tangan. Namun, apabila percubaan kali kedua menghidupkan enjin berjaya mereka memecut laju hingga ke pesisir pantai ini," katanya ketika ditemui di lokasi.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kem Terendak untuk rawatan kira-kira jam 1.40 pagi. (myMetro)

IKLAN
Daun Stevia Siap Kering dan Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

1 comment:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah..., semuanya selamat... memang kuasa allah mengatasi di atas segala-gala yang berkuasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails