KUKUWA Nuamah lakukan kajian selama 20 tahun sebelum perkenalkan senaman tarian Kukuwa pada dunia.
Paluan gendang seakan-akan tidak berhenti berkumandang menandakan pesta yang diadakan semakin hangat. Sekali pandang ia umpama tarian kebudayaan Afrika yang penuh dengan gerakan seluruh badan termasuk kepala!
Sememangnya itulah yang dipersembahkan dalam gerakan senaman Kukuwa. Dari awal hingga akhir, peserta Kukuwa perlu menggerakkan seluruh tubuh sambil setiap rentak diatur mengikut alunan lagu popular dari Afrika.
Tidak dinafikan terasa sakit di beberapa bahagian tubuh sehari selepas menyertainya, tapi itulah salah satu sasaran bagi senaman Kukuwa ini. Menurut pengasasnya, Kukuwa Nuamah, senaman tarian Afrika ini berusaha membangkitkan semula otot yang selama ini kurang bergerak.
“Justeru, apabila otot yang selama ini tidur cuba dibangunkan semula, beberapa bahagian pada tubuh pasti berasa sakit dalam tempoh sehari dua.
“Tapi selepas otot terbabit mula digerakkan seperti otot lain, ia bukan saja membantu menganjalkan semula bahagian berkenaan, tapi membuatkan seluruh tubuh bergerak secara teratur lalu mengurangkan risiko kesakitan saraf yang biasa dialami kala usia meningkat,” katanya.
Dengan menggabungkan genre muzik soukous Afrika, merengue Latin dan socca Carribean, Kukuwa tidak ketinggalan mensasarkan bahagian sistem kardiovaskular tapi dalam gerakan yang lebih menyeronokkan. Kajian selama 20 tahun dilakukan pengasasnya, merangkap profesor kesihatan dan kecergasan di Universiti George Mason, Virginia, Amerika Syarikat, yang menggabungkan pengalamannya sebagai penari.
“Saya lahir dan dibesarkan di Ghana, Afrika Barat. Saya mula menari seawal usia tiga tahun dan sebagai rakyat Afrika, tarian sebahagian daripada budaya kami.
“Saya suka bersenam tapi mudah bosan apabila melakukan rutin sama di gimnasium.
“Saya kemudiannya mengambil setiap asas tarian semua suku kaum Afrika lalu menggabungkannya untuk gerakan senaman Kukuwa ini.
“Kukuwa boleh disifatkan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan.
“Senaman ini mampu membakar lemak hingga 1,000 kalori setiap sesi selama sejam dan pada masa sama meningkatkan tahap metabolisme serta membantu untuk membentuk tubuh wanita jadi lebih menarik.
“Pada masa sama, Kukuwa juga sesuai dilakukan lelaki mahupun kanak-kanak kerana impak yang rendah serta tidak memerlukan penggunaan alatan bantuan,” ujar wanita berusia 55 tahun ini.
Apalah namanya tarian Afrika jika tidak disertakan dengan teknik goyang punggung yang biasa dilihat dalam klip video penyanyi hip hop antarabangsa. Kukuwa turut memberi perhatian kepada pembentukan bahagian pinggul yang lebih menarik dengan gerakan yang dikenali sebagai boombsey. Boombsey maksudnya pinggul dalam bahasa Afrika, jadi Kukuwa menyelitkan gerakan tarian fokus kepada bahagian terbabit agar tampil lebih cantik dan terbentuk.
Kalau tarian ini senaman ini memang baik dan mahu di bawa masuk ke Malaysia, ianya perlu di'Islam'kan dulu.. (IH)
Lihat sebelum ini... Forum Usahawan 1
Menari mmg satu kaedah senaman yg baik, tp lakukanlah dlm rumah bersama anak isteri sahaja.
ReplyDelete